Pelajar Tahfiz Dicatu Makanan Dibantu

img-20161226-wa0002-1024x768

 

Laporan/Foto : Mohd Zaid Awang (Gombak)

Pengasas dan Pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim Kassim melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus menghulurkan bantuan walaupun mereka berasal dari Myanmar.

Pengasas dan pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim Kassim

Pengasas dan pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim Kassim

 

Menurut Hashim, seramai 170 pelajar madrasah yang terletak berhampiran Kompleks Pasar Borong Selayang, di sini, terdiri daripada kanak-kanak miskin dan anak yatim Rohingya serta Myanmar Muslim, sebelum ini terpaksa dicatu makanan mereka akibat kewangan yang meruncing iaitu dihidangkan nasi bersama telur dan sayur sahaja.

Sementara itu Alias Desa, jurucakap Surau An-Nur gembira kerana dapat menyumbangkan seekor kambing untuk dijamu kepada warga madrasah.

“Alhamdulillah, hajat surau kami telah tercapai dan berharap pihak-pihak lain di luar sana dapat membantu madrasah ini untuk kesejahteraan umat Islam tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya.

“Islam itu bersifat sejagat dan menjadi tanggungjawab sebagai orang Islam untuk membantu umat Islam lain walaupun berbeza negara dan keturunan”, ujar Penyelaras Program, Rashid Jusoh semasa ditemui semalam.

Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada pusat tersebut seperti wang tunai, barangan makanan dan pakaian hasil sumbangan ahli (halaqian) dan orang ramai.

Menurut Rashid, Halaqah.net merupakan portal Isamik yang diwujudkan sejak 2004 dan kini mempunyai keahlian lebih 73,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini serta seluruh dunia.

“Sekiranya terdapat orang Islam yang ditimpa masalah, kami sedaya upaya akan cuba menyelesaikannya melalui sumbangan ahli-ahli seperti kewangan, buah fikiran, tenaga, barangan dan sebagainya.

Menurutnya lagi, pihaknya juga menerima apa sahaja bentuk sumbangan daripada bukan ahli, contohnya pada hari ini Surau An-Nur Taman Kasturi, Balakong bersama kami menyumbangkan seekor kambing yang siap dimasak untuk pelajar-pelajar tahfiz ini.

 

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...