Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

1410 Guru Labuan Terima “Smart Phone Altitude”

By 1 Januari 2017Tiada komen3 minit bacaan

Oleh : Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN 30 Dis (Malaysiaaktif) – 1410 guru sekolah menengah dan rendah seluruh Labuan menerima agihan “Smart Phone Altitude” dibawah Projek Perkhidmatan 1Bestarinet Fasa Dua Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

“Smart Phone Altitude” merupakan penambahbaikan dari 1Bestarinet Fasa 1. Telefon pintar ini dilengkapi dgn aplikasi yang telah disepadukan dengan aplikasi Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap untuk membolehkan akses utk menyemak kerja rumah yg diberikan kepada pelajar.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin, 1BestariNet merupakan projek transformasi pendidikan yang diperkenalkan kerajaan bagi menghubungkan semua sekolah kepada satu platform pembelajaran tunggal, mesra pengguna dengan persekitaran rangkaian yang lebih selamat.

“Telefon pintar ini turut dilengkapkan dan disepadukan dengan aplikasi Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap” yang lebih fleksibel dan mudah digunakan, kata Raisin.

“Melalui aplikasi ini, guru boleh memberi dan menyemak tugasan murid melalui “Frog Virtual Learning Environment “(VLE) di mana sahaja dengan mudah dan ia juga dilengkapi dengan Plan Data Guru 2GB bagi setiap guru yang membolehkan guru mengakses internet untuk tujuan Pembelajaran dan Pengajaran”,kata Raisin lagi.

“Disamping mereka boleh berhubung dengan rakan guru lain dengan panggilan dan SMS tanpa kos pada bila-bila masa dan di mana jua bagi bertukar-tukar idea dan pendapat untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran terhadap para pelajar”, ujar Raisin.

“Memandangkan 1BestariNet adalah komponen utama dalam Anjakan 7, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, maka agihan smart phone ini kepada guru dapat meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah masing-masing, terutamanya dalam Frog VLE,”, ujar Raisin lagi.

Beliau berharap agar para pendidik dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan ini dengan kelebihan teknologi di dalam pembelajaran masa kini yang tidak pernah dirasai oleh mereka sebelum ini sebagai landasan untuk menerokai kaedah baru pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya dan tempo pembelajaran alaf baharu.

labuan

Telefon Pintar Altitude

“Penerimaan telefon pintar tersebut diharapkan menyumbang ke arah hasrat kerajaan untuk membudayakan ICT dalam kalangan guru dan murid”, ujar Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengagihan Telefon Pintar tersebut di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kampung Sungai Lada, di sini, petang tadi.

“Peluasan penggunaan dan kemajuan yang telah dicapai dalam bidang ICT di Malaysia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan”, kata beliau.

“Langkah Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek transformasi dan program ICT dalam pendidikan telah berjaya membudayakan ICT sebagai budaya kerja dalam bidang pendidikan”, kata beliau lagi.

Rozman optimis tahap ICT murid-murid dan guru-guru semakin hari semakin meningkat dan adalah tidak keterlaluan bahawa hampir semua guru dan murid dalam sistem persekolahan telah didedahkan kepada literasi ICT sama ada dalam pendidikan mahu pun pengurusan.
Bagi Pengetua Sekolah Menengah Pantai IB World Labuan, Sahar Misron, 57 tahun, berasa gembira dan bersyukur dengan adanya telefon pintar tersebut ia akan menaikkan lagi mutu pembelajaran bukan sahaja di sekolahnya bahkan kesemua 27 sekolah menengah dan rendah yang ada di Labuan ini kerana akhirnya para pelajar sendirilah yang akan mendapat manfaat daripada kaedah pembelajaran tersebut.

Beliau juga berharap agar kemudahan ini turut memberi impak positif kepada murid dalam proses pembelajaran menerusi teknologi terkini serta membantu ibubapa dalam pemantauan tugasan secara atas talian.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Perniagaan YTL Communication Sdn Bhd, Haji Shahirul Amran yang mana syarikat tersebut merupakan Pembekal Perkhidmatan Projek 1BestariNet Fasa 2 ini.

– MRR

Tinggalkan komen anda