Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

Warga Baharu Pulau Labuan Lahir Bersama 2017

By 2 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Mohd Faizal Mansor / Foto: Ehsan RTM Labuan

LABUAN 2 Jan (Malaysiaaktif) – Jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Labuan yang telah empat tahun berkhidmat di situ antara yang menimang cahaya mata pertama tahun baru masehi semalam.

Anak Farhana Nasip, 27,menjadi salah seorang dari 4 orang bayi yang lahir awal Tahun baharu 2017 dengan dua bayi lelaki dan dua bayi perempuan setakat petang semalam.

Beliau yang yang juga anak jati Labuan melahirkan anak lelaki pada pukul 3.48 awal pagi tahun baharu 2017 sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mendapat rezeki tahun baharu yang akan terus terpahat selama -lamanya.

Menurut suaminya, Haziq Ruslain, 26, yang juga merupakan penjawat awam, tidak menyangka bahawa pada tarikh istimewa 01.01.2017 merupakan hari bersejarah isterinya melahirkan anak lelaki.

Haziq turut menadah tangan tanda kesyukuran di atas rezeki tahun baharu tersebut dan pasangan tersebut memilih nama Hafiy Rafiizky untuk nama bayi lelaki mereka yang seberat 2.8 kilogram tersebut.

Pasangan tersebut dan pasangan ibu bapa lain turut dikejutkan dengan kehadiran Senator Dewan Negara, Datuk Haji Yunus Haji Kurus yang berkunjung ke wad bersalin hospital Labuan untuk melawat pasangan – pasangan yang dikurniakan bayi tahun baharu 2017.

Beliau turut menyampaikan cenderahati berupa barangan keperluan bayi kepada bayi – bayi tahun baharu yang turut diiringi oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari serta Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran.

Tinggalkan komen anda