YPL Sumbang Tablet Pelajari Al-Quran Dengan Mudah

ytl

Oleh : Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN 2 Jan (Malaysiaaktif) – Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) petang tadi telah menyumbangkan sebanyak 20 tablet peralatan bantuan mengajar kepada guru – guru Al-Quran yang berdaftar dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI).

Tablet tersebut yang dilengkapi dengan perisian tatacara pengajaran Al -Quran bertaranum dan bertajwid dengan betul memudahkan pengajaran Al-Quran kepada pelajar – pelajar kelas Al-Quran melalui pendengaran bacaan dan penggunaan tajwid yang betul.

Menurut salah seorang penerima, Ustazah Nur Hafizah Mohamad yang mengajar kelas Al-Quran di Masjid Al-Mahuddiyah Labuan, dengan adanya tablet ini ia akan membantu para pelajarnya memperbetulkan bacaan Al-Quran khususnya dari segi tajwid.

“Rasa sangat bersyukur dengan kemajuan teknologi maklumat yang semakin pesat sekarang wujudnya pembelajaran Al-Quran seperti ini melalui perisian bertaranum dan tajwid. Ini dapat membantu dalam pengajaran bacaan tajwid secara betul dan efektif kepada murid -muridnya”, ujar Hafizah.

“Mempelajari Al-Quran lebih mudah pada masa kini dengan adanya tablet tersebut. Ia boleh membantu menarik minat kanak-kanak mahupun golongan dewasa untuk mempelajari Al-Quran”, kata Ustaz Sullahaji Latif dari Masjid Kampung Lada, Labuan yang tersenarai sebagai penerima.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan YPL, Dr. Sulong Junaidi, penggunaan tablet tu adalah untuk meningkatkan kemudahan mengajar di dalam kelas pengajian Al-Quran

“Salah satunya tujuannya kita di Yayasan Pembangunan Labuan mahu sasaran memastikan pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar yang ditetapkan oleh pihak yayasan tercapai. Penggunaan teknologi maklumat pada masa kini dapat meningkatkan kepahaman kepada para pelajar”, kata Dr. Sulung lagi.

Pada majlis yang sama pihak YPL turut memberikan sumbangan wang ihsan sebanyak RM 250 kepada setiap pengajar Al-Quran bagi tahun 2016.

Majlis penyerahan tablet dan wang sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli di Menara Perbadanan Labuan, di sini petang tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *