Skip to main content
GlobalViral

Samsung Akan Dedah Siasatan Galaxy Note 7 Bulan Ini

By 3 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

SEOUL, 3 Jan — Samsung Electronics Co Ltd pada bulan ini akan mengumumkan hasil siasatan mengenai punca sebahagian telefon pintarnya, Galaxy Note 7 mudah terbaka, lapor akhbar JoongAng Ilbo pada Isnin memetik sumber.

Syarikat dari Korea Selatan itu pada Oktober lalu memberitahu, ia telah memeriksa semua aspek di dalam telefon berkenaan, dengan menjangkakan ia mungkin disebabkan kombinasi faktor yang menyumbang kepada kegagalan produk itu dari segi keselamatan.

Pembekal telefon pintar terulung itu menegaskan sejumlah AS$5.1 bilion (RM22.91 bilion) akan memberi kesan kepada keuntungan operasinya sepanjang tiga suku tahun berikutan keputusan untuk menghentikan jualan Galaxy Note 7 sepenuhnya pada Oktober lalu.

Para pelabur dan penganalisis berkata, adalah penting bagi Samsung mengenal pasti punca utama kebakaran untuk meraih semula keyakinan pelanggan dan mengelakkan kesilapan sama berulang.

Jurucakap Samsung Electronics enggan mengulas berhubung perkara itu. – Reuters

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/03/kes-samsung-note-7/

Tinggalkan komen anda