Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Peningkatan 100 Peratus Pelajar Sekolah Tamil

By 3 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Ramasamy Amas

Bahau, 3 Jan 2017 (Malaysiaaktif ) – Pendaftaran pelajar baru di Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJKT) Ladang Sialang yang bermula hari ini, telah meningkat 100 peratus berbanding tahun lepas.

Seramai 18 murid Tahun 1 memulakan sesi persekolahan di sekolah ini sebentar tadi berbanding hanya 9 pelajar tahun 2016.

Secara Keseluruhannya di Jeram Padang, seramai 148 murid baru tahun 1 telah memulakan persekolahan mereka hari ini di lapan buah Sekolah SRJK(T) di sini.

4 buah Sekolah Rendah Kebangsaan di sini pula menerima seramai 150 murid baru memasuki Tahun 1. Manakala dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini pula menerima seramai 32 murid memasuki Tahun 1.

ADUN Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman telah mengadakan lawatan ke SRJK(T) Ladang Sialang dan SRJKT Ladang Jeram Padang berpuashati kerana pihak sekolah telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama persekolahan seperti yang dijadualkan kerajaan.

Beliau juga menyarankan pihak sekolah supaya melibatkangandakan usaha ke arah memperkasakan sistem pembelajaran dan pengajaran sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan negara termasuk aktiviti ko–korikulum. Ini supaya, sekolah dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan menjadi aset negara dimasa akan datang.

Pelajar Tahun satu (SRJKT) Ladang Sialang , Sarvita Suresh Kumar, 7, beliau tidak berasa takut untuk memulakan persekolahan di sini kerana telah mendapat pendedahan yang secukupnya ketika berada di pra sekolah. Sarvita bercita-cita ingin menjadi seorang peguam kelak.

Bapa kepada pelajar Tahun 1, S. Ganesh, M. Sangkar berkata, beliau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hampir RM300 kepada anaknya untuk memasuki Tahun 1 untuk membeli pakaian sekolah dan lain lain peralatan sekolah.

Tambah beliau kos pengangkutan juga telah meningkat kepada RM90 daripada RM70 tahun lepas. Beliau yang menetap di Taman Meranti Bahau terpaksa mengeluarkan RM180 untuk kos Pengangkutan kepada dua orang anak yang bersekolah Tahun1 dan Tahun 5 di SRJKT Ladang Sialang setiap bulan.

Guru Besar SRJKT Sialang, Kannan Subramaniam berkata antara faktor peningkatan bilangan pelajar Tahun 1, 100 peratus disebabkan Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) untuk menaiktaraf fizikal pembangunan sekolah.

Peruntukan sebanyak RM90,000 telah di salur KPM melalui ADUN Jeram Padang untuk tujuan naiktaraf tersebut.

Selain itu, komitmen dan tangungjawab guru dalam untuk melahirkan pelajar yang cemerlang hingga sekolah ini berjaya mencapai melebihi 80 peratus pelajar lulus dalam Ujian Pencapaian Sijil Persekolahan (UPSR) 2016 juga antara faktor peningkatan murid ke sekolah ini.

Kannan juga yakin dan percaya bilangan murid Tahun 1 akan bertambah dalam masa sehari dua ini.

Tinggalkan komen anda