Skip to main content
GlobalHomeViral

Dua Kapal Berlanggar Di Johor, 300 Tan Minyak Tumpah

By 4 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Salah satu tangki kontena di kapal APL DENVER dilaporkan mengalami kerosakan dan mengakibatkan tumpahan kira-kira 300 tan minyak. Foto APL-NOL

 

SINGAPURA, 4 Jan — Dua kapal kontena, di mana salah satunya didaftarkan di Singapura berlanggar di perairan Pasir Gudang, Johor pada Selasa.

Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) berkata, ia dimaklumkan oleh Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) mengenai pelanggaran antara kapal kontena Wan Hai 301 yang didaftarkan di Singapura dan kapal kontena APL Denver yang didaftarkan di Gibraltar, di Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 11.50 malam Selasa.

MPA dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, salah satu daripada tangki kontena di APL Denver dilaporkan mengalami kerosakan dan tertumpah, dianggarkan kira-kira 300 tan minyak.

JPA telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan ‘oil boom‘ untuk mengawal tumpahan minyak.

Tompokan minyak dikesan di Singapura, dengan tumpahan di barat Pulau Ubin.

Menurut MPA, ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.

Tambah MPA, tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.

– The Straits Times/Asia News Network
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/04/kapal-kontena-berlanggar/

Tinggalkan komen anda