Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017

datuk-sri-liow-tiong-lai-bergambar-kenangan-bersama-wakil-agensi-kerajaan-dan-badan-bukan-kerajaan-yang-menyertai-kempen

 

 Laporan dan foto oleh: Norisam Sahidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Malaysiaktif) – Menurut statistik yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), sebanyak 60 peratus kemalangan jalan raya adalah melibatkan motorsikal.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, berharap agar semua penunggang motorsikal dapat mengamalkan cara pemanduan yang selamat terutamanya menjelang musim perayaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 bertemakan ‘Jelas Dilihat, Selamat Tunggangan’ sempena perayaan Tahun Baru Cina, di sini hari ini.

“Objektif utama kempen adalah untuk memberi penekanan dan kesedaran kepada penunggang motorsikal tentang aspek keselamatan dan penyelenggaraan motorsikal yang lebih teratur dan aspek pemakaiaan supaya kelihatan jelas seperti memakai pakaian cerah dan jaket pantulan cahaya,” katanya.

datuk-sri-liow-tiong-lai-semasa-menyampaikan-ucapan-perasmian-kempen

Datuk Sri Liow Tiong Lai semasa menyampaikan ucapan perasmian kempen.

Tiong Lai turut menyeru kerjasama pihak media dalam membantu memperhebatkan lagi kempen keselamatan jalan raya ini agar kemalangan dapat dikurangkan.

Tambahnya, statistik kemalangan juga diharap dapat dikurangkan dengan pelbagai kempen yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Kempen ini turut disertai oleh Persatuan Penjual Motorsikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Tokio Marine Insurans Malaysia Berhad, AEON Credit Service, KHI Helmet, Brigestone, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pelancaran kempen ini telah dihadiri kira-kira 300 orang, di samping menghimpunkan agensi-agensi swasta dan kerajaan yang berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...