Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Internet Lebih Lancar Di Jeram Padang

By 7 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

    Oleh  : Ramasamy Amas

BAHAU, 6 Jan (Malaysiaaktif ) – Liputan komunikasi internet lebih baik kini dinikmati penduduk Batang Jelai, Kampung Asli Batu Peti dan sebahagian penduduk Ladang Jeram Padang apabila Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) telah siap membina sebuah menara telekomunikasi di Ladang Batang Jelai. Ini dinyatakan ADUN Kawasan Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman ketika meninjau menara tersebut pagi semalam.

Menurut Manickam, secanggih mana telefon bimbit, jika kawasan berkenaan tiada liputan telekomunikasi ia tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi.

Katanya lagi, selain liputan yang lebih baik, radiasi yang dipancarkan daripada stesen pemancar lebih rendah daripada piawaian yang ditetapkan dan tiada masalah  kesihatan kepada penduduk sekitarnya.

Seorang penduduk tempatan, Subramanian Arumugam berkata, sebelum ini dia terpaksa ke pekan Rompin untuk mendapatkan liputan. Justeru dia sangat berterima kasih dengan pembinaan menara ini.

Bagi Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Batu Peti, Ani Binti Abdul Halim dia bersyukur dan terima kasih kepada wakil rakyat, kerajaan negeri dan SKMM yang membawa liputan lebih baik kepada mereka. Bagi tahun 2016 Manickam telah membuat empat permohonan kepada SKMM untuk membina menara telekomunikasi iaitu di kawasan Kampung Orang Asli Pancor, Temengalam, Felcra Rompin dan Batu Bersawah

Tinggalkan komen anda