Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Ibu Mangsa Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Terima Bantuan

By 8 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Ramasamy Amas

BAHAU, 8 Jan (Malaysiaaktif ) – Ibu kepada seorang mangsa kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 25 Oktober lalu menerima sumbangan sebanyak RM2500 di rumahnya di ladang Saint Heleir, Jeram Padang Jumaat lepas.

Dalam kejadian itu, enam orang terkorban, termasuk anaknya, Nirmala Dewi A/P Chandran, 24, yang kebetulan di rawat di hospital tersebut.

Mendiang merupakan bekas murid Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang, Datuk Manickam semasa beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Mansor Bahau.

20170105_175639

Rajeswary menerima sumbangan daripada Datuk Manickam

Ketika menyampaikan sumbangan itu, Manickam memberitahu ibu mendiang, Rajeswary Ramalingan, 54, dia amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan nilai wang sumbangan itu tiada bandingan dengan nyawa anaknya, tetapi ia sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga mendiang. Manickam turut memberikan sumbangan peribadi kepada keluarga mendiang.

Rajeswary yang masih sebak dan sedih dengan kejadian tersebut, berkata mendiang yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai emas di Pekan Bahau baru sahaja dua bulan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Singapura.

Pada hari kejadian, mendiang dikatakan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami demam panas.

 

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda