Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

PBSM KelantanTerima Peralatan Bantu Mangsa Banjir

By 8 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto Oleh Wan Shahilawati W Baharuddin (Tumpat)

TUMPAT, 8 Jan (Malaysiaaktif) — Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan menerima sumbangan sebanyak 10 set peralatan memasak dan 10 unit alat komunikasi digital bagi membantu mangsa banjir.

Sumbangan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu disampaikan oleh ahli Panel Penasihat PBSM, Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad di Sekolah Bunohan di sini semalam.

Sharifah Zarah (tiga dari kiri) menyerahkan peralatan memasak dan alatan komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat Tumpat semalam.

Sharifah Zarah (tiga dari kiri) menyerahkan peralatan memasak dan alatan komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat Tumpat semalam.

 

Menurut Sharifah, sebagai permulaan sebanyak 10 unit alat komunikasi digital diserahkan untuk digunakan semasa musim banjir.

“Alat komunikasi ini adalah untuk memudahkan penyaluran maklumat dan sekaligus membantu mereka yang terlibat dengan usaha bantuan banjir,” katanya kepada Malaysiaaktif selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat Tumpat di sini.

Sharifah yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) turut menyampaikan 10 set peralatan memasak kepada Pengerusi PBSM Kelantan, Tuan Ghazali Tuan Long.

Turut hadir ahli Jemaah Penasihat PBSM Kelantan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Azahar Ismail.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda