Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem Untuk Manfaat Penduduk

By 9 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 9 Jan (Malaysiaaktif) – “Pembukaan Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem ini akan memendekkan perjalanan saya kerana dapat mengelakkan kesesakan jalanraya yang terpaksa dihadapi setiap hari di lampu isyarat Kuang dan Sungai Buloh.”

Rasa lega ini dengan pembangunan di tempatnya ini, Kamarul Azman Idrus yang merupakan seorang penduduk setempat mengucapkan terima kasih di atas sikap prihatin kerajaan yang membina jalan keluar-masuk ini.

Beliau berkata ia mempercepatkan masa perjalanan untuk pengguna yang sebelum ini terpaksa menggunakan Jalan Kuang dan Sungai Buloh hingga menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut.

Nurzimi Rafie dari Taman Desa Kundang yang bekerja di Batu Caves pula menyifatkan pembukaan jalan tersebut akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk di kawasan sekitar kerana nilai hartanah di kawasan itu akan meningkat dan peluang perniagaan juga akan bertambah.

Nurzimi menyifatkan pembukaan jalan tersebut dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar.

Nurzimi menyifatkan pembukaan jalan tersebut dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar.

 

“Kawasan Sungai Serai dan Kuang ini merupakan kawasan perkampungan dan jalan keluar-masuk Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem ini akan melonjakkan pembangunan serta akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” ujar beliau senada dengan Kamarul Azman.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembukaan jalan keluar-masuk di Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem mulai hari ini banyak memberi manfaat kepada penduduk sekitar khasnya menyediakan laluan yang lebih mudah dan cepat dari Kundang ke Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya di utara Selangor.

Projek ini memendekkan sejauh 10 km perjalanan, menjimatkan sehingga 15 minit waktu memandu.

Projek ini memendekkan perjalanan sejauh 10 km dan menjimatkan sehingga 15 minit waktu memandu.

 

Jalan keluar -masuk itu dibuka pagi tadi oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata laluan berkenaan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi penduduk tempatan, selain mampu menarik  lebih banyak pelaburan dan pembangunan baharu.

Fadillah merujuk kepada jalan keluar-masuk di persimpangan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Guthrie yang akan mendorong pembangunan pesat di kawasan sekitar Kundang, Kuang serta yang didiami lebih 230,000 orang penduduk.

Laluan sejauh 3.1 kilometer bernilai RM30 juta ini mula dibina oleh TPPT Sdn Bhd pada 2012 siap dan sepenuhnya pada 5 Januari lalu.

Menurut Fadillah projek ini antara model perkongsian awam-swasta di negara ini yang membuktikan peranan positif sektor swasta dalam membantu usaha kerajaan untuk menyediakan infrastruktur lebih mampan dan bersepadu bagi memacu ekonomi negara.

 

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda