Amuk Tok Gajah

gajah5

 

 Laporan / Foto oleh : Mohd Noor Mahmuddin (Jeli)

JELI, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Belimbing, Batu Melintang di sini terus dihimpit kebimbangan akan keselamatan mereka berikutan amukan Tok Gajah semakin menjadi-jadi belakangan ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.00 pagi semalam, sebuah rumah penduduk, Kamarulzaman Yaakob, 59, hampir musnah berikutan dihempap oleh sebatang pokok kelapa yang ditumbangkan oleh gajah liar tersebut.

Kehadiran gajah liar tersebut memusnahkan tanaman penduduk kampung.

Kehadiran gajah liar tersebut memusnahkan tanaman penduduk kampung.

“Semasa sedang tidur saya dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat di bahagian bumbung dapur rumah dan saya  melihat kawasan sekeliling rumah, saya dapati seekor gajah kira-kira 12 kaki ketinggiannya berada di tepi rumah sedang memusnahkan pokok kelapa dan lantas  bergegas kejutkan keluarga untuk keluar dengan kadar segera berikutan bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku”, kata beliau semasa ditemubual oleh wakil MalaysiaAktif.

Menurut salah seorang lagi penduduk kampung,  Che Mim Abd Rashid, 63, gajah liar tersebut merupakan salah seekor dari kawanan gajah liar yang pernah memusnahkan tanaman penduduk dalam kejadian sebelum ini berikutan laluan yang dilalui oleh haiwan berkenaan seolah-olah telah ditanda.

Hasil tinjauan wakil MalaysiaAktif pagi tadi mendapati kesan-kesan kemusnahan hasil tanaman penduduk di sekitar Kampung Belimbing masih baharu dan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan mereka ternyata benar.

Pemantauan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan telah dilakukan sejurus menerima panggilan telefon daripada penduduk.

Menurut Penolong Pegawai Perhilitan, Ismail Awang, Perhilitan akan meneruskan operasi memantau dan menangkap gajah berkenaan bagi mengelak ia merosakan harta benda penduduk.

“Kami berharap penduduk bersabar dan usaha untuk menangkap gajah ini akan dilakukan secepat mungkin,” jelasnya.

 

-SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *