Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

sartem

 

PETALING JAYA, 11 Jan — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia kerana sakit jantung, tengah hari Rabu.

Bapa kepada lima anak ini bakal meraikan hari lahirnya yang ke-73, dua minggu lagi iaitu pada 27 Januari ini.

Perkara ini disahkan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak utk ziarah jenazah.

“Jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar. Malaysia kehilangan pemimpin berwibawa. Takziah kpd keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” demikian tulis beliau menerusi Twitter.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi posting di Twitter mencatatkan: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.

Begitu juga, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Salam takziah atas kehilangan Ketua Menteri Sarawak. Alfatihah,” tulisnya di Twitter.

Difahamkan, Adenan meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan, Kuching.

Adenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014, menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/11/adenan-satem-meninggal-dunia/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *