Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Kuota Import Kobis Ditingkat Sementara Untuk Tahun Baru Cina

By 11 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Ruhamin Ramli (Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan meningkatkan sementara kuota pengimportan kobis bulat bagi memastikan bekalan yang mencukupi di samping menstabilkan harga sayuran tersebut di pasaran tampatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini harga pasaran kobis bulat di Malaysia meningkat akibat lonjakan permintaan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, pengurangan kawasan tanaman sayuran di cameron Highland sebanyak 40 peratus dari 1,600 hektar ke 1,000 hektar dikenal pasti sebagai antara punca bekalan kobis bulat tempatan menurun.

“Salah satu cara bagi memastikan bekalan dan harga kobis bulat di Malaysia stabil, MOA akan meningkatkan sementara kuota pengimportan kobis bulat sepanjang musim perayaan ini.

“Bagaimanapun, peningkatan ini akan sentiasa dipantau bagi memastikan tiada berlaku lambakan bekalan hingga menjejaskan pendaparan petani tempatan,” katanya.

Ahmad Shabery yang melakukan tijauan ke Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang semalam, turut meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan dengan peniaga dan pemborong sayur-sayuran di sana.

Katanya, berdasarkan maklumbalas serta impak peningkatan kuota import ini, pihaknya akan mengkaji kemungkinan metasionalisasikan kuota pengimportan sayuran tersebut pada masa depan.

“Semua ini bagi menstabilkan bekalan kobis bulat di negara ini sentiasa mencukupi dan harga terus stabil pada masa-masa akan datang,” katanya lagi.

menteri-moa-beramah-mesra-dengan-pengunjung-pasar

Menteri MOA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek beramah mesra dengan pengunjung pasar.

Tambah Shabery, MOA akan mengadakan perbincangan dengan para penanam untuk merangka kerjasama yang lebih erat bagi memperkemas pelan pengeluaran sayur-sayuran, terutama bagi menghadapi lonjakan permintaan pada masa-masa tertentu.

Ketika ini, keperluan kobis bulat dalam negara adalah pada 201,000 tan metrik (MT) setahun atau 16,750 MT sebulan. Pengeluaran tempatan menampung lebih kurang 45% atau 90,000 MT jumlah tersebut, manakala selebihnya dari sumber import.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sentul, ASP Munusamy Regasamy.

– AH

Tinggalkan komen anda