Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sarawak Umum Esok Hari Kelepasan Am

By 11 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 11 Jan (Malaysiaktif)-
“Esok diisytiharkan sebagai hari kelepasan am untuk membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia pada 1.24 tengah hari tadi.

Demikian kata, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Abg Johari Openg, petang tadi semasa sidang media di Wisma Bapa Malaysia.

Adenan yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Samarahan di sini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan empat anak serta beberapa orang cucu.

Sidang media yang dijalankan petang tadi

Sidang media yang dijalankan petang tadi

“Di samping itu, Sarawak akan berkabung selama tujuh hari, bendera akan dikibarkan setengah tiang dan segala majlis rasmi kerajaan akan ditangguhkan,” ujarnya.

Sementara itu, jenazah Adenan akan dibawa dari kediaman rasminya ke Masjid Jamek Petra Jaya pada 10.00 pagi esok

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian pada 10.30 pagi sehingga sebelum Zohor.

Jenazah akan dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan Islam Semariang.

Adenan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima dengan menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkenaan kekosongon luar jangka kerusi DUN N.03 Tanjong Datu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata demikian menerusi siaran media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Tambahnya, SPR mengambil maklum Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang merupakan penyandang kerusi tersebut telah meninggal dunia pada hari ini.

“Mesyuarat Khas hanya akan diadakan selepas menerima pemakluman rasmi daripada pihak Speaker DUN Sarawak,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda