Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Mesyuarat Agung Diragui, KUPEKMAS Mohon ROS Siasat

By 12 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Parameswary Lekshmnan / Foto : Hairidz Fahmi Abd Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Pasukan Bertindak Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) diketuai  oleh bekas Setiausaha Agung KUPEKMAS,Datuk Abd Rahman Manan, telah menghantar satu petisyen meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan terhadap Jawatankuasa Tertinggi KUPEKMAS di atas dakwaan berlaku kepincangan dan penyelewengan tadbir urus KUPEKMAS, hari ini.

Petisyen tersebut menyatakan kepincangan dan pelanggaran Fasal Undang-undang KUPEKMAS yang telah berlaku semasa Mesyuarat Agung Dwitahunan KUPEKMAS Sesi 2016-2018 yang diadakan di Serdang pada 21 Disember lalu.

Rahman berkata, kesemua ahli KUPEKMAS yang hadir hari ini kesal dengan tindakan pegawai kelab melanggar Fasal 9 (1) dalam mengendalikan mesyuarat agung dengan cara tidak teratur dan pengundian jawatankuasa tertinggi kelab secara terbuka di tempat makan dengan kehadiran 937 orang ahli sahaja.

WhatsApp Image 2017-01-12 at 6.01.21 PM

Penasihat Pasukan Bertindak KUPEKMAS , Datuk Abd Rahman Manan (tengah), Pengerusi Pasukan Bertindak KUPEKMAS, Datuk Nordin Abdul Hamid (kiri) dan Setiausaha Pasukan Bertindak KUPEKMAS , Tuan Haji Mohd Dom Ibrahim (dua dari kanan)

 

“Pelanggaran kali ini sangat serius kerana ahli kelab tidak menerima surat panggilan mesyuarat dan mesyuarat agung dilaksanakan tanpa pembubaran jawatankuasa lama disusuli dengan proses pengundian secara tidak sulit di mana tiada pemantauan dan pengawasan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa & Pengira Undi,” kata Rahman.

Tambah beliau, ahli pasukan bersetuju sebulat suara menolak pemilihan jawatankuasa tertinggi kelab dan mohon pihak ROS membuat siasatan rapi terhadap proses pengundian yang dikatakan tidak sah, termasuk penyelewengan perbelanjaan kelab.

WhatsApp Image 2017-01-12 at 6.02.14 PM

Penasihat Pasukan Bertindak KUPEKMAS , Datuk Abd Rahman Manan menyerahkan petisyen kepada Puan Sabariah Tahir, Wakil Pengarah ROS WPKL (bertudung merah)

 

Menurut beliau, ini bukan kali pertama berlaku pelanggaran Fasal 9 (1) tetapi telah berulang dua kali, termasuk Mesyuarat Agung KUPEKMAS Sesi 2014-2016 dan Sesi 2016-2018.

Petisyen diserahkan kepada wakil Pengarah ROS WPKL, Sabariah Tahir dengan harapan pihak ROS mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan Akta Penubuhan 1966 termasuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

KUPEKMAS ditubuhkan pada 25 Oktober 2011 bagi membolehkan kesatuan itu membela nasib mereka.

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda