Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Jangan Politikkan Pelaburan – Najib

By 16 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh : Saiful Zalizan / Ismael Idris (Pekan) 

PEKAN, 16 Jan (Malaysiaaktif) – “Tiada beza daripada  mana datangnya pelaburan, yang utama adalah kesan positif hasil daripada pelaburan berkenaan akan dapat dinikmati oleh rakyat” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas isu pelaburan asing yang telah diputarbelitkan serta dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan polemik dikalangan rakyat.

Najib mengulas demikian ketika menyampaikan amanat sempena Program Sepetang Bersama Masyarakat Cina Parlimen Pekan di SJK (C) di sini semalam.

Dalam pada itu, Najib turut berbesar hati menyampaikan sumbangan angpau dan limau mandarin kepada 366 orang penerima sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

Seorang warga emas, Ng Cheong Ho, 93, melahirkan rasa kesyukuran dengan sumbangan yang diterima, sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli kelengkapan Tahun Baru Cina selain menyediakan angpau untuk ahli keluarga.

Majlis yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Pekan ini, bertujuan untuk meraikan serta berkongsi semangat sambutan Tahun Baru Cina  masyarakat Cina Parlimen Pekan bersama Perdana Menteri.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

 

-SH

Tinggalkan komen anda