Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

30 Pelajar Terpilih Terima Bantuan

By 16 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Daniel Jong (Seremban)

SEREMBAN, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Kira-kira 30 pelajar terpilih dari kawasan Temiang dan Sikamat telah menerima bantuan berupa wang tunai sebanyak RM100 sumbangan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Indah Temiang dan MCA Bahagian Seremban, semalam.

Seorang suri rumah yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Maswati Ahmad, 38, berkata, walaupun bantuan tersebut hanya mampu dirasai oleh seorang daripada empat anaknya yang bersekolah, namun ia sudah cukup membantu mengurangkan perbelanjaan mereka.

Menurut seorang lagi penerima, K. Thavamani, 54, wang tunai yang diterima akan digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah tambahan anaknya yang merupakan pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di sini.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Abu Ubaidah Mohd Redza berkata, dia sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasan itu.

“Kerajaan tidak pernah menganaktirikan mana-mana kaum dan penduduk di negara ini walaupun mereka diwakili oleh pembangkang, malahan negeri pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang terus mendapat agihan bantuan kerajaan seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2016.”

abu2

Pada majlis yang sama, sambutan Pesta Ponggal dan persembahan Silambam turut diadakan.

Turut hadir, Ketua MCA Bahagian Seremban, Siow Kui Voon

– AH

Tinggalkan komen anda