Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bustana Kucing Harapan Kucing Terbiar

By 19 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

_Oleh Hamizan Hassan
Foto : Anuar Che Amat_

KANGAR, 18 Jan (Malaysiaktif) – “Cat Volunter Perlis” dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri telah menubuhkan Bustana Kucing di Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat di sini bagi melindungi kucing-kucing terbiar.

Menurut Pengurus Bustana Kucing, Mohd Taufik Mohd Zaid, kucing yang sudah tidak mahu dibela oleh pemiliknya sering menjadi haiwan buangan di kawasan awam sehingga menganggu keselesaan masyarakat setempat.

Ekoran daripada permasalahan tersebut, pusat ini yang mula beroperasi pada Mac 2016 diwujudkan bagi memelihara serta merawat kucing peliharaan terbuang ini.

Taufik berkata, mereka memulakan pusat ini dengan perbelanjaan sebanyak RM6 ribu untuk infrastruktur. Selain itu, kos sebulan untuk makanan dan penjagaan kucing adalah sekitar RM8 ribu tidak termasuk kos perubatan sementara kos perubatan pula dianggarkan sekitar RM3 ribu sebulan.

WhatsApp Image 2017-01-17 at 22.39.37

Pihak Perbadanan Ekonomi Negeri Perlis menyediakan tempat, serta bekalan air dan elektrik.

Busana ini mempunyai dua orang pekerja tetap dan 40 orang sukarelawan.

“Orang ramai yang ingin menghantar kucing perlu mengambil borang yang diisi lengkap dan menyerahkannya ke pejabat Majlis Perbandaran Kangar. Mereka kemudian perlu membawa kucing berkenaan ke Busana.

“Tiada bayaran dikenakan. Walau bagaimanapun mereka digalakkan untuk menyumbang wang tunai semasa penghantaran kucing bagi membantu pusat tersebut menampung perbelanjaan bekalan makanan dan ubatan – ubatan untuk kucing yang sakit “, katanya lagi.

Mohd Taufik berkata buat mada ini mereka belum mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis.

Menurutnya, semua perbelanjaan adalah hasil sumbangan sukarelawan dan orang ramai.

Seorang pekerja, Saiful Senin, 22, memberitahu sehingga kini terdapat lapan buah sangkar bagi menempatkan hampir 300 ekor kucing yang dihantar oleh orang ramai dari serata negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, kebanyakan kucing yang dihantar di sini adalah kerana pemiliknya sudah tidak mampu memelihara mereka disebabkan pembiakan tidak terkawal.

“Orang ramai yang ingin membela kucing boleh datang ke Bustana Kucing untuk membeli haiwan tersebut dan kami akan mengenakan sedikit bayaran serendah RM30 dan hasil jualan tersebut kami akan gunakan untuk membeli makanan dan ubatan bagi merawat kucing-kucing yang sakit”, jelasnya lagi.

Bagi Azmi Hassan, 52, dari Taman Sena yang ditemui di pusat ini menjelaskan beliau tinggal di kawasan perumahan dan oleh kerana bilangan kucing di rumahnya bertambah, beliau terpaksa menghantar kucing -kucing tersebut ke pusat ini.

-AAS

Tinggalkan komen anda