Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Penjawat Awam Disaran Hargai Jawatan

By 19 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Hamidah Md Drus & Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 19 Jan (Malaysiaaktif) – “Penjawat awam disaran untuk menghargai jawatan yang disandang sekarang. Tidak kira Ketua Jabatan ataupun sebaliknya.”

Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salehudin, berkata demikian ketika menghadiri Perhimpunan Jabatan Peringkat Daerah Jempol, semalam.

“Semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk pembangunan daerah. Jadilah penjawat awam yang disegani, dihormati. Pemakaian, karakter dan peribadi perlu jalan seiring dengan jawatan yang disandang. Jaga integriti dan jangan terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Menurutnya lagi, sistem penyampaian perlu lebih telus dan masalah rakyat perlu diselesaikan dengan segera, seiring dengan slogan ‘Memajukan Negeri dan Mensejahterakan rakyat’.

Zazali yang baru dua minggu menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Jempol bertekad untuk melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri bagi membawa Jempol sebagai daerah yang mampan dari segi pembangunan fizikal dan rohani, disamping membanteras kegiatan Judi Cyber.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 penjawat awam ini, usaha-usaha bagi mencapai status Majlis Perbandaran Jempol turut dibentangkan menerusi tiga elemen utama. Keramaian penduduk, hasil kutipan cukai dan prasarana yang disediakan perlu seiring bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat, Zazali berkata, pihaknya dan Jabatan Kerja Raya akan melawat kawasan kejadian untuk mengenal pasti punca bajir.

Tegas Zazali, peniaga yang berniaga tanpa lesen perlu memikirkan keselamatan orang awam, dan sistem National Blue Ocean Strategy (NBOS) akan di gunapakai bagi mengatasi banjir.

 

– AH

Tinggalkan komen anda