Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tidak Mampu Punca Guna Helmet Murah

By 21 Januari 2017Januari 24th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

       Laporan dan foto oleh : Anuar Che Amat

KANGAR , 21 JAN (Malaysiaaktif) – Saya seorang pelajar sekolah cuma mampu membeli topi yg murah sahaja. Saya tahu topi itu tiada aspek-aspek keselamatan, tapi saya tidak mampu. Itu luahan Chong Ye Cheng,17, pelajar dari Sekolah Menengah Seri Perlis.

“Bila saya dapat topi baru ini saya berasa senang hati dan berterima kasih kepada kerajaan yang begitu perihatin kepada kami pelajar sekolah yang menunggang motosikal ke sekolah. Ini meringankan sikit beban saya daripada mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli topi kaledar baru”, jelasnya lagi.

Dia serta 51 orang lagi penunggang motosikal dan 2 orang pembonceng kanak-kanak menerima topi keledar baru hari ini sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis di Stesen Pertonas Behor Temak Kangar sempena Tahun Baru Cina 2017 di sini hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis, Kalai Kumar Periyasamy, pihaknya memandang serius kelompok penunggang motosikal yang masih menggunakan topi keledar lama yang tidak berkualiti. Sebahagiannya tidak mempunyai piawai keselamatan yang di tetapkan oleh SIRIM. Ini akan mengundang kecelakaan kepada individu tersebut jika mereka terlibat di dalam kemalangan.

“Di harap topi keledar baru yang kami agihkan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi dapat membantu melindungi anggota tubuh mereka terutamanya di kepala”, ujarnya.

Salah seorang penerima topi kaledar baru itu, Tan Kok Kheng, 52, dari Taman Kemajuan berkata, selama ini dia menggunakan topi keledar yang murah kerana tertarik dengan corak yang menarik.

“Bila saya melihat dan memakai topi keledar yang di bekalkan oleh JKJR ini baru saya faham bahawa aspek askpek keselamatan itu lebih utama dari corak dan rekaan yang menarik”, katanya.

Program ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Khaw Hock Kong yang mewakili Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu di musim perayaan yang bakal tiba dan semoga semuanya selamat sampai ke dentinasi.

“Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan dan saya sarankan anda mempunyai rehat yang secukupnya sebelum memandu”, jelasnya lagi.

Di majlis itu juga turut di adakan pemberian ‘goodies bag’ sebanyak 500 buah yang mengandungi buah limau mandarin, roti, air serta risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalanraya yang melalui kawasan tersebut.

Kempen JKJR itu juga mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai agensi serta jabatan kerajaan dan pihak swasta. Antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis di Raja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan Perlis, dan RTM Perlis

Majlis anjuran JKJR Negeri Perlis dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perlis serta Dewan Perhimpunan Cina Negeri Perlis yang bertemakan “Pandu Cermat ,Sampai Selamat”.

Tinggalkan komen anda