Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Laluan FT 185, Jalan Aring 8 ke Kenyir-Kuala Jeneris Ditutup

By 22 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan / Foto  NorFadzlina Ahmad Fadzli

GUA MUSANG, 22 Jan (MalaysiaAktif) — Laluan FT185, Jalan Aring 8 (Gua Musang) menghala ke Kenyir dan Kuala Jeneris, Hulu Terengganu di sini ditutup berikutan kejadian tanah runtuh.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhil Wafi Nordin yang dihubungi Malaysiaaktif mengesahkannya berkata kejadian tersebut jalan di Seksyen 52, daerah Hulu Terengganu ditutup kepada semua kenderaan.

“Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi tadi  hingga menyebabkan kerosakan jalan dan tanah runtuh seluas kira-kira30 meter.

“Laluan tersebut kini ditutup buat semua kenderaan dan tiada jalan alternatif untuk laluan ini,” ujarnya.

Pihak JKR Gua Musang telah meletakkan papan notis ‘Laluan ditutup’ di simpang Aring 8 dan juga Cabang 3 jalan baru di Felda Aring.

Kawasan kejadian adalah kawasan seliaan JKR Jajahan Hulu Terengganu, bukan kawasan seliaan JKR Jajahan Gua Musang.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda