Skip to main content
EkonomiHomeViral

Perak Akan Wujudkan Jonker Walk Di Dua Kawasan Di Pangkor

By 22 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Foto hiasan Jonker Walk Melaka /Aziz A. Shariff

 

LUMUT, 22 Jan — Kerajaan negeri akan mewujudkan ‘Jonker Walk’ di kawasan Sungai Pinang Kechil dan pekan Pangkor sebagai tarikan pelancong, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kedua-dua lokasi itu akan ditambah baik dalam masa terdekat selain usaha memastikan persekitaran semula jadi tidak terjejas.

“Dalam masa yang sama kita akan memperkenalkan kawasan perkampungan nelayan, galeri dan beberapa tarikan sedia ada selain meningkatkan kebersihan kawasan pantai,” katanya kepada pemberita pada Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina Kawasan Dewan Undangan Negeri Pangkor di Arena Sungai Pinang, Pulau Pangkor di sini hari ini.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga sedang berbincang untuk menambah bilangan hotel serta menambah baik kemudahan penginapan sedia ada untuk memastikan kemudahan terbaik kepada pelawat.

“Kerajaan negeri juga dalam usaha menghidupkan kembali pekan Lumut supaya kembali dikunjungi ramai. Lumut dilihat semakin kurang menjadi perhatian selepas jeti Pulau Marina dibuka memandangkan jarak perjalanan ke Pangkor lebih dekat.

“Majlis Perbandaran Manjung juga diarah mengambil inisiatif tertentu untuk menghidupkan semula pekan Lumut dan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan bagi menambah baik kawasan hadapan Lumut supaya lebih indah,” katanya.

 

– Bernama

Tinggalkan komen anda