Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pupuk Disiplin Anak Atas Litar Lumba

By 24 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan dan rekreasi semakin menjadi ikutan ramai terutamanya golongan belia.

Bagi pemilik Kelab Muar Mini Bike Racing, Shamsul Alam Jais, dia yakin sukan permotoran dapat memupuk disiplin anak-anak untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan terutama peraturan keselamatan jalan raya.

“Dalam sukan permotoran ini, kami tekankan disiplin dan keselamatan kepada para pelumba kanak-kanak. Kalau tiada topi keledar atau baju keselamatan lengkap, kami tidak akan benarkan mereka menunggang motor di litar,” katanya.

Shamsul yang juga merupakan pekerja pelantar minyak, adalah salah seorang jurulatih kepada 15 pelumba kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun yang bernaung di bawah kelabnya.

“Anak saya, Nurul Azandra Qistina, 9 tahun juga merupakan salah seorang pelumba motor kanak-kanak perempuan di Malaysia yang bernaung di bawah kelab ini.

“Qistina mula menceburi sukan permotoran sejak berusia 6 tahun. Terbaru, Qistina ada sertai Pertandingan Mini Bike Racer di Air Hitam, Johor. Setakat ini, Qistina tidak pernah jatuh dari kedudukan ke-5 dalam setiap perlawanan yang disertainya di seluruh Malaysia,” jelas Shamsul lagi.

Menurut Shamsul, walaupun kos untuk menyediakan kemudahan sukan permotoran mini bike ini adalah agak mahal, namun ia berbaloi untuk kemajuan anaknya..

Kos bagi sebuah motor mini bermula dari RM800 sehingga RM1,600 dengan kelengkapan baju keselamatan.

IMG20170121125846

Shamsul ditemui wartawan Malaysiaaktif ketika menghadiri Majlis Penyerahan Kompleks Sukan Bermotor Tangkak Racing Track antara Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di Mukim Grisek, di sini semalam.

Kompleks Sukan Bermotor bernilai RM14.07 juta ini mempunyai litar yang mengikut spesifikasi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dengan lapan selekoh dan laluan lurus sepanjang 290 meter yang sesuai untuk perlumbaan cubprix, supermotor dan drag.

Selain itu, kompleks ini turut memiliki satu kawasan lapang bagi kegunaan perlumbaan motorcross dan infrastruktur termasuk astaka, ‘paddock’, gerai dan kaunter tiket.

– AH

Tinggalkan komen anda