Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Kunjungan Tengku Muda Pahang Naikkan Semangat

By 27 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Mohamad Azree / Emran Ismail (Raub)

RAUB, 27 Jan (Malaysiaaktif) –  “Saya berasa cukup kagum dengan sikap baginda yang prihatin terhadap masalah rakyat, rendah diri dan mesra rakyat,” ujar Ramlah Musa, 56, salah seorang mangsa banjir yang ditemui ketika kunjungan Tengku Muda Pahang melawat mangsa banjir semalam.

Ramlah juga menzahirkan rasa bersyukur dan terharu di atas sumbangan yang dikurniakan kepadanya dan kepada mangsa-mangsa banjir yang lain.

Kunjungan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah ke pusat pemindahan banjir Dewan Orang Ramai Kampung Pia, Dong, di sini memberi semangat dan kegembiraan kepada mangsa-mangsa banjir.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada berupa barangan keperluan harian dan juga sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.

Seramai 31 orang ketua keluarga yang terdiri daripada penduduk-penduduk kampung yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan tersebut.

Turut hadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong, Datuk Seri Haji Shahirudin Haji Ab Moin, serta Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Husin.

 

-SH

Tinggalkan komen anda