Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Pengunjung, Peniaga Port Dickson Disaran Jaga Kebersihan

By 2 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Malini Md Yunos (Port Dickson)

PORT DICKSON, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Port Dickson dikenali sebagai “Bandar Pelancongan” yang mempunyai 10 pantai dan pelbagai tempat menarik sebagai tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara seperti Muzium Tentera Darat, Muzium Kota Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan selain terkenal dengan hotel-hotel bertaraf antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan, Datuk Tun Hairudin, berharap pata pengunjung sentiasa menjaga kebersihan kerana tanggungjawab menjaga alam sekitar serta kebersihan awam adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh diletakkan di bawah tanggunggjawab pihak berkuasa tempatan semata-mata.

2

Tun Hairudin berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Pantai Saujana dan Pantai Teluk Kemang untuk meninjau kemudahan yang disediakan bagi memastikan keselesaan pengunjung dan pelancong yang datang beriadah.

Menurut Tun Hairudin, tinjauan ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengunjung dan pelancong tentang tahap perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain memastikan mereka mendapat keselesaan, di samping menikmati keindahan pantai.

8

Tun Hairudin turut meninjau perniagaan-perniagaan yang dijalankan dan berpesan supaya para peniaga mematuhi peraturan seperti kebersihan, menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, di samping sentiasa mesra dan ceria melayani pengunjung yang bertandang ke kedai.

– AH

Tinggalkan komen anda