Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Nelayan Kampung Sungai Sembilang, Kuala Selangor Terima ‘Habuan’ Besar

By 3 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / foto oleh : Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

Kuala Selangor, 3 Februari (Malaysiaaktif) – ‘Saya berasa gembira kerana pemimpin nombor satu Malaysia turun ke Kampung Sungai Sembilang dan ini sememangnya menjadi tugas pemimpin untuk turun padang melihat rakyat’.

Demikianlah luahan perasaan Penaung/Penasihat Komuniti Nelayan Kampung Sungai Sembilang, Datuk Wahab Hamid.

Beliau juga mencadangkan supaya sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kampung Sungai Sembilang dibuka bagi memudahkan urusan serta menjaga kebajikan para nelayan di sini.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 6.04.20 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar taklimat daripada wakil nelayan Kampung Sungai Sembilang, Kuala Selangor

“Saya mewakili nelayan di sini mengharapkan supaya bajet 1.5 juta ringgit bagi penubuhan Hub Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Sembilang dapat ditingkatkan atas tujuan pembangunan kampung nelayan tersebut’, ujar beliau lagi.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Sungai Sembilang, Tan Koh Khuat, beliau  berasa terkejut dan gembira dengan kehadiran Perdana Menteri ke kampung itu.

‘Saya berasa teruja dan gembira kerana Perdana Menteri datang ke daerah Kuala Selangor bagi mendengar keluhan warga nelayan di sini’,

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini membuat lawatan ke Kampung Sungai Sembilang, Jeram dan bersarapan bersama dengan warga nelayan serta penduduk tempatan dalam Program ‘Jom Bantu Rakyat’. Beliau beramah mesra dengan masyarakat setempat dan warga nelayan bagi menerima pandangan serta cadangan rakyat di peringkat akar umbi.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 6.05.57 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan sara hidup kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Sembilang, Kamaruddin Saraf

Beliau juga membuat penyampaian sumbangan elaun sara hidup nelayan berjumlah 3.2 juta ringgit untuk 951 orang nelayan di dalam daerah Kuala Selangor.

Beliau seterusnya ke sebuah warung asam pedas bagi menikmati menu asam pedas popular bersama masyarakat setempat. Selepas itu, beliau membuat lawatan ke Pasar Nelayan Sungai Sembilang, Jeti Sungai Sembilang dan diakhiri dengan menandatangani ‘Plag Hub Nelayan LKIM Sungai Sembilang’ sebelum meninggalkan majlis.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 6.04.21 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penduduk Kampung Sungai Sembilang, Kuala Selangor

Turut hadir dalam program sama ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh Haji Omar serta Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Seri Dr Haji Irmohizam Haji Ibrahim.

-MSM

Tinggalkan komen anda