Skip to main content
HomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Layanan Mesra Peniaga, Tarik Pelancong Ke Jalan Alor

By 6 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Liputan berita / foto oleh: Mohd Anuar Ibrahim & Azri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 6 Februari (MalaysiaAktif) –“Layanan baik penjaja dan peniaga yang tidak menipu pelancong dan memberikan khidmat terbaik menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang sebagai destinasi wajib pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur.”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Jalan Alor, di sini malam tadi.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut berjanji kepada Persatuan Penjaja Bukit Bintang bahawa para pegawainya akan memberikan kerjasama terbaik dalam meluluskan lesen perniagaan kepada Penjaja Bukit Bintang yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

WhatsApp Image 2017-02-05 at 10.18.47 PM

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berucap merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Salah seorang penduduk veteran di Bukit Bintang, Huee Teng Hing, 68 yang ditemui menyatakan sepanjang 37 tahun menetap dan pernah bekerja di kawasan Bukit Bintang, beliau begitu bangga dengan pembangunan yang telah dialami oleh kawasan ini.

“Dari sebuah bandar kecil kepada sebuah banda raya metropolitan yang menjadi nadi dan tonggak utama ekonomi bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi juga Malaysia,” kata beliau.

WhatsApp Image 2017-02-05 at 10.20.05 PM

Saya bangga dengan pembangunan di sekitar Jalan Alor – Huee Teng Hing, 68 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti 1Malaysia Razak Mansion yang turut ditemui Kamarulzaman Md. Shariff, 45, berkata sebagai penduduk Bukit Bintang, beliau merasakan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu usaha yang wajar dipuji walaupun Bukit Bintang ini merupakan kubu kuat parti pembangkang.

“Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada apabila masih dapat merasai kenikmatan keamanan dan perpaduan di bumi Malaysia berbanding dengan rakyat negara lain yang masih mendambakan kemerdekaan dan kemakmuran negara mereka,” ujar beliau lagi.

WhatsApp Image 2017-02-05 at 10.20.52 PM

Kerajaan berusaha membangunkan tempat-tempat pelancogan negara walaupun ia kawasan dikuasai pembangkang – Pengerusi Komuniti 1Malaysia Razak Mansion, Kamarulzaman Md. Shariff.

Kenduri 1Wilayah Persekutuan merupakan medium bagi memperkukuhkan persefahaman, perpaduan dan ukhuwah sesama warga Wilayah Persekutuan.

Pelbagai Aktiviti sampingan turut dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya gotong royong, persembahan muzik jalanan dan persembahan kebudayaan tarian singa.

WhatsApp Image 2017-02-05 at 10.22.06 PM

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang Penjaja Jalan Alor Program semasa Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Parlimen Bukit Bintang 2017.

Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Parlimen Bukit Bintang turut dihadiri kira-kira 3000 orang majoritinya kaum cina.

Turut hadir semasa Program berkenaan ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

-MSM

Tinggalkan komen anda