Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

MAINJ Sumbang RM2 Juta Bantu Pesakit Jantung

By 6 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto oleh Saharuddin Othman & Azri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 6 Februari (Malaysiaaktif) – “Institut Jantung Negara (IJN) ini milik dan tanggungjawab kita bersama. Berdasarkan dua faktor itu sumbangan zakat negeri diberikan semula dalam bentuk bantuan kewangan kepada rakyat Johor.”

Demikian tegas Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara institut itu dan MAINJ di IJN, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Semasa majlis tersebut, MAINJ memberikan sumbangan sebanyak RM2 juta hasil kutipan zakat MAINJ kepada IJN. Ini bukan kali pertama kerajaan negeri memberi sumbangan kepada IJN. Sebelum ini pihak Perbadanan Zakat Negeri Pahang juga memberi sumbangan kepada IJN.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 4.04.57 PM

Sudah menjadi tuha Majlis Agama Negeri Johor membantu golongan memerlukan di Negeri Johor – Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Nooh turut memaklumkan bahawa sumbangan zakat rakyat Johor ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik dari negeri Johor yang tidak mampu membiayai kos pembedahan di IJN.

“MAINJ sentiasa komited dalam membantu mana-mana pihak yang memerlukan, khususnya anak-anak Johor. Melalui kerjasama ini, pesakit-pesakit daripada golongan asnaf dari negeri Johor yang mendapatkan rawatan di IJN layak untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf semasa ucapannya pula berkata, kerjasama ini merupakan tanggungjawab besar dan akan digalas dengan penuh hemah oleh institut itu.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 4.00.04 PM

Pengagihan bantuan ini akan diuruskan sebaiknya oleh IJN – Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf.

“Penyakit jantung merupakan pembunuh senyap nombor satu di Malaysia dan dikategorikan sebagai penyakit kritikal serta memerlukan perhatian dan rawatan segera. Kos bagi merawat penyakit jantung juga kian meningkat setiap tahun. Dengan wujudnya sumbangan seperti ini, ia dapat melancarkan lagi proses rawatan pesakit dan secara tidak langsung dapat meringankan beban.

Dari segi pengagihan zakat, pihak IJN sendiri akan menguruskannya berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak seperti terkandung dalam memorandum tersebut. Sumbangan ini akan memudahkan para pesakit kerana mereka tidak perlu berulang alik ke pejabat zakat tetapi memadai sekadar menuruskan keperluan melalui pihak IJN.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 4.02.56 PM

Wakil-wakil daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama Institut Jantung Negara (IJN) menandatangani dokumen semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut.

“Inisiatif yang bijak dan membanggakan daripada pihak MAINJ ini harus dicontohi oleh pihak-pihak lain seperti perbadanan zakat, majlis agama Islam negeri, badan-badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO),” jelas Dr. Mohd Nasir lagi.

Turut hadir semasa Majlis tersebut mewakili IJN ialah Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Yakub danMufti Negeri Johor, Datuk M.Tahrir Datuk Samsuddin.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda