Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Melaka Mungkin Dapat Pejabat Pos Tambahan

By 6 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Gambar hiasan   

Laporan / foto oleh: Azreen Ahmad

AYER KEROH, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Pos Malaysia Melaka dalam perancangan untuk membuka sebuah lagi cawangan pusat Pos Laju di sekitar Alor Gajah, di sini, yang dijangka akan mula beroperasi pada penghujung Mac.

Menurut Pengurus Cawangan Pos Malaysia Berhad Negeri Melaka, Ahmad Seman, pembukaan cawangan baru ini diharap dapat meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya yang di Melaka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, di sini, pagi tadi.

Ahmad Bin Seman, Pengurus Pos Melaka

Pengurus Cawangan Pos Malaysia Berhad Negeri Melaka, Ahmad Seman berkata tiga pos baharu tersebut bakal memberikan lebih kemudahan dan keselesaan untuk masyarakat khususnya yang di Melaka.

Difahamkan Pos Malaysia juga merancang untuk membuka cawangan baharu di Bemban dan Bachang dalam waktu terdekat.

“Pos Malaysia kini amat proaktif dalam menawarkan produk serta perkhidmatan inovatif dan ini termasuklah FlexiPack domestik dan antarabangsa, Prabayar Pos Laju, Pos Insurans, Pos Ar-Rahnu dan lain-lain lagi yang boleh didapati di kesemua 28 buah cawangan Pejabat Pos serta Cawangan Pos Laju di negeri ini,” ujarnya.

Katanya lagi, Pos Malaysia yang telah wujud di Malaysia sejak lebih daripada 200 tahun menjadikannya Pos Malaysia perkhidmatan kedua tertua selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dan kini, Pos Malaysia terpilih menjadi Ahli Majlis Pentadbiran Kesatuan Pos Sedunia (UPU) bagi tempoh 2017 hingga 2020, serta mendapat pengiktirafan bertaraf Level A* (A Star) Persijilan Pengurusan Berkualiti pada Persidangan UPU kali ke-26 di Istanbul Turki,” jelasnya.

Haniza Harun,29

Haniza Harun, 29, berpendapat, penambahan cawangan Pos Laju ini baik dan memudahkan lagi urusan pengguna terutamanya peniaga dalam talian.

Sementara itu, seorang penduduk di Taman Kasa Height Alor Gajah, Haniza Harun, 29, ketika ditemui menyatakan kegembiraan dengan penambahan pusat pos laju itu.

“Ini dapat memudahkan urusan penduduk setempat untuk mengambil atau menghantar barang terutama bagi peniaga ‘online’.

Walaupun pejabat pos sedia ada memberi perkhidmatan yang sama, namun dengan adanya penambahan ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan lagi urusan,” ujarnya.

Untuk rekod, pada 20 Oktober tahun lepas, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah merasmikan cawangan pejabat pos baharu Asahan.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda