Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Asnaf dan OKU KL, Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

By 6 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Liputan berita / foto oleh: Mohd Anuar Ibrahim & Sazaki Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Februari (MalaysiaAktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan akan menumpukan gerak kerja utama seperti pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Program Transformasi Pasar Malam dan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) sepanjang tahun ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia sebagai langkah menjaga kebajikan dan membantu rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti penyelenggaraan kerosakan kecil kemudahan awam, penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas yang berpunca dari kedudukan 60 buah sekolah menengah dan rendah di sekitar Kuala Lumpur dan menangani kos sara hidup tinggi di Wilayah Persekutuan Labuan.” katanya lagi.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 5.44.25 PM

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu CIna sempena Hari Wilayah Persekutuan 2017

Gerak kerja utama itu diumumkan semasa ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, kira-kira 2,500 orang asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diraikan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Kemeriahan dan keriangan Tahun Baharu Cina akan lebih bermakna apabila ianya dikongsi dengan mereka yang memerlukan bantuan dan serba kekurangan seperti keluarga miskin dan OKU.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 5.45.53 PM

Antara pengunjung yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017

“Yayasan Wilayah Persekutuan hari ini meraikan 2,500 orang asnaf dan OKU dengan pemberian yang tunai melibatkan peruntukan sebanyak RM75,000 bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.” jelas Datuk Seri Tengku Adnan lagi.

Seramai anggaran 5,000 orang hadir bagi memeriahkan majlis ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

-MSM

Tinggalkan komen anda