Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

CATs Perkasa Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar

By 6 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto : Norizah Hj Jadid & Amirah Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Februari (Malaysiaaktif) – “Cambridge Accessible Test (CATs) merupakan program pembelajaran atas talian membolehkan para pelajar belajar sendiri untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka seterusnya menggalakkan proses pembelajaran kendiri.”

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, sebagai universiti yang terunggul, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menjadi penggerak utama program untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris yang sepadan dengan standard antarabangsa.

“Semua pelajar di Malaysia perlu menguasai Bahasa Inggeris, memandangkan statusnya sebagai bahasa antarabangsa. Justeru, langkah dinamik dan tertentu perlu diambil bagi memastikan kejayaan aspirasi ini,” ujar Datuk Seri Idris semasa pelancaran dan tanda tangan Surat Hasrat Kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Cambridge Malaysian Education and Development (CMEDT)  di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017-02-06 at 9.46.18 PM (1)

Sesi Menandatangani Surat Hasrat Program Cambridge Accessible Test (CATs) antara UPSI (Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa) dengan CMEDT (Pengerusi Eksekutif CMEDT, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid) di saksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagi pelajar program Diploma Pendidikan Kanak-kanak, Caudia Smith Kapitoh beliau berpendapat “Program kerjasama ini memberi faedah dan kesan yang baik kepada sistem pendidikan negara dalam memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar.

UPSI 2

CATs dapat mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris bakal guru – Pelajar Program Diploma Pendidikan Kanak-kanak, Caudia Smith Kapitoh.

“Melalui program ini juga dapat mengukur tahap  penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar di UPSI sebelum keluar sebagai seorang guru” tambah Caudia lagi.

Bagi Pengerusi Eksekutif CMEDT, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata Sistem CATs merangkumi empat bidang prinsip pembelajaran Bahasa Inggeris iaitu percakapan, pembacaan, penulisan dan pendengaran.

“CATs telah dibangunkan dan diformulasi dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang penuh sinergi jika dibandingkan dengan alat ujian yang lain selain menjadi alat penilaian formatif yang berasaskan kepada prinsip pembelajaran masteri,” kata beliau lagi.

Turut hadir di majlis ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

-MSM

Tinggalkan komen anda