Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kejohanan Sepak Takraw Cungkil Bakat Pelajar

By 8 Februari 2017Februari 9th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh Nor Haliza Ridzuan / Foto: Ariza Mohamed Zaki 

KEPALA BATAS, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 22 sekolah di Seberang Perai Utara telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw 12 Tahun Ke Bawah, di sini semalam.

Bagi peserta daripada Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Luqman Nur Hakim, 12, dia telah menyertai kejohanan tersebut sejak berusia 9 tahun lagi.

Jelas Luqman, dia tidak mempunyai masalah bagi membahagikan masa untuk belajar dan berlatih bermain sepak takraw kerana latihan diadakan pada sebelah petang sahaja.

WhatsApp Image 2017-02-07 at 10.40.40 PM

Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara ini berlangsung selama tiga hari mulai hari ini, dengan perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir pada 10 Februari 2017.

Menurut seorang guru yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Abdul Rashid, walaupun masa untuk berlatih adalah sangat suntuk, namun peserta daripada setiap sekolah tetap bertanding bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Setiap tahun, pemain terbaik dalam kejohanan yang menjadi acara tahunan ini akan dipilih bagi mewakili Zon Kepala Batas, sebelum bertanding di peringkat Negeri.

– AH

Tinggalkan komen anda