Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Peruntukan RM2 Juta, Naik Taraf Kuil Batu Caves

By 9 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh : Mohd Zaid / Foto oleh : Prabagaran (Gombak)

BATU CAVES, 9 Februari (Malaysiaaktif) – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menaik taraf kemudahan dan kawasan sekitar Kuil Subramaniyar, Batu Caves bagi keselesaan penganut agama Hindu menjalankan ibadat pada masa akan datang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan beliau semasa sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini dengan mengambil kira  keperluan keagamaan dan tarikan pelancongan.

Menurut seorang pengunjung, Muthukumar Thiagaraja, 50, peruntukan ini adalah bukti keperihatinan Kerajaan kepada masyarakat India dan penganut agama Hindu di negera ini dalam meraikan kepelbagai agama dan kebudayaan.

WhatsApp Image 2017-02-09 at 4.11.42 PM

Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat India di negara ini – Muthukumar Thiagaraja, 50

“Saya berterima kasih dan menyokong usaha untuk menaik taraf dataran kuil ini kerana ia akan membantu pihak pengurusan menganjurkan lebih banyak aktiviti keagamaan dalam keadaan yang lebih selesa.”

Bagi Maniarusu Krishnan, 48, beliau gembira kerana dapat menyambut perayaan Thaipusam dalam suasana aman dan harmoni tanpa sebarang perasaan risau berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku

“Saya lihat ramai rakyat Malaysia yang bukan beragama Hindu turut datang ke Kuil Subramaniyar, Batu Caves ini bagi meraikan Thaipusam dan sambutan dalam suasana harmoni menunjukkan perpaduan di negara ini dalam keadaan baik.”

WhatsApp Image 2017-02-09 at 4.12.33 PM

Thaipusam bukan sahaja disambut oleh penganut agama Hindu malah seluruh rakyat Malaysia juga sama-sama meraikanya – Maniarusu Krishnan, 48

Jelas Timbalan Perdana Menteri lagi, perpaduan dan keharmonian bukan hanya luahan retorik kata-kata sahaja namun ia harus diterjemahkan dengan penuh keikhlasan oleh semua penganut agama di negara ini agar ia dapat terus dikekalkan.

“Kepelbagaian agama, bahasa dan budaya merupakan satu kekuatan yang perlu diperkukuhkan oleh semua rakyat Malaysia agar negara ini terus kekal bersatu padu.

WhatsApp Image 2017-02-09 at 4.15.30 PM

Jangan timbul fitnah dan khabar angin yang boleh menimbulkan prejudis atau persepsi yang negatif di kalangan rakyat kerana negara tidak mahu berlaku kekacauan disebabkan perbezaan agama – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

“Jangan timbul fitnah dan khabar angin yang boleh menimbulkan prejudis atau persepsi yang negatif di kalangan rakyat kerana negara tidak mahu berlaku kekacauan disebabkan perbezaan agama,” jelas lagi Datuk Seri Zahid di hadapan lebih sejuta penganut agama Hindu dan pengunjung Kuil Subramaniyar, Batu Caves sempena meraikan sambutan perayaan Thaipusam pagi tadi.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, demokrasi Malaysia sangat istimewa kerana diasaskan melalui perpaduan dalam kepelbagaian, dan terbukti berjaya melalui pelbagai perayaan yang disambut semua lapisan masyarakat.

“Kita perlu melihat kepelbagaian ini sebagai satu kekuatan dan bukanya kelemahan yang terdapat di dalam negara ini. Ia harus dijaga daripada sebarang ancaman berbahaya agar prinsip perpaduan dalam keperlbagaian dapat di kekalkan.”

WhatsApp Image 2017-02-09 at 4.14.52 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin-peminpin MIC semasa sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor

Turut hadir semasa sambutan perayaan itu, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

-MSM

Tinggalkan komen anda