Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

“Chap Goh Mei” Eratkan Perpaduan

By 11 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/Foto: Wee Kim Been / Robani Nabi Ahmad

KOTA BHARU, 11 Feb (Malaysiaaktif) – “Sambutan kali ini sememangnya cukup bermakna kerana dapat bersama-sama meraikan perayaan ini dalam suasana yang harmoni dan amam,” ujar Gan Kheng Chiong, 48, penduduk tempatan yang diraikan dalam satu majlis sambutan Chap Goh Mei di sini semalam.

Chap Goh Mei diraikan meriah di Ketereh

Chap Goh Mei diraikan meriah di Ketereh

Berkongsi kegembiraan yang sama Low Siew Chin, 49, menyifatkan majlis sebegini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan antara masyarakat tanpa mengira latabelakang serta fahaman politik.

Sambutan Tahun Baharu Cina diraikan selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza.

Dalam pada itu, sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari ini, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan.

Sekitar 1,000 masyarakat Tiong Hwa dan Bumiputera di daerah Ketereh telah diraikan dengan sambutan Chap Goh Mei di Hotel Grand River View di sini.

Pelbagai acara menarik seperti tarian singa, persembahan nyanyian, cabutan nombor bertuah, pemberian angpau telah disajikan kepada jemputan yang hadir.

Hadir meraikan sambutan tersebut, ahli Parlimen Ketereh, Tan Seri Annuar Musa.

-SH

Tinggalkan komen anda