Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Penduduk Lestari Semangat Kejiranan

By 11 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Liza Abdullah / Foto : M. Yusuf Muda Dalam Asis (Tawau)

TAWAU, 11 Feb (Malaysiaktif) – Kepesatan pembangunan hari ini telah membentuk satu konsep kependudukan alaf baharu dengan wujudnya taman-taman perumahan pelbagai reka bentuk dan moden.

Kewujudan taman-taman perumahan ini juga sering dikaitkan dengan kurangnya hubungan sesama jiran dalam melahirkan ikatan persaudaraan mahupun saling bertegur-sapa antara jiran dalam menjalin suasana hidup yang harmoni.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Eric Ho

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Eric Ho

Namun berbeza dengan Taman Hill Top di daerah ini, suasana hidup di kawasan pusat bandar tetap tidak akan memisahkan hubungan sesama jiran tetangga dan kemeriahan ini dikongsi bersama pada sambutan tahun baharu cina baru-baru ini.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Taman Hill Top, Chok Syn Yu berkata sambutan tahun baharu cina di taman ini merupakan suatu alternatif untuk merapatkan hubungan sesama penghuni taman.

“Sambutan Tahun Baharu Cina ini tidak harus dilepaskan tanpa diisi sesuatu yang baik untuk dikongsi seluruh penduduk taman.

Ujarnya lagi, melalui pengwujudan Komuniti 1Malaysia Taman Hill Top peluang ini harus dimanfaatkan oleh semua penduduk dalam menghapuskan jurang perbezaan antara kaum.

Terdahulu, pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisah Samat berkata sambutan Tahun Baharu Cina di taman ini membuktikan satu contoh kejiranan yang terpuji dan harmonis.

“Penganjuran sambutan perayaan sebegini perlu terus diadakan bagi mewujudkan satu kawasan kejiranan yang mesra, bersatu padu dan saling berkerjasama antara satu sama lain.

Jelasnya, melalui sambutan sebegini kita dapat mengenali antara satu sama lain antara jiran tetangga yang akhirnya mampu melahirkan satu masyarakat yang majmuk saling tolong menolong.

“Usaha penganjuran oleh komuniti taman ini harus dihargai dan diteruskan dalam memastikan negara terus aman dan harmoni,” katanya semasa merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat komuniti 1Malaysia Taman Hill Top.

-SH

Tinggalkan komen anda