Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Perpaduan Kunci Kestabilan Negara – Ku Nan

By 13 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh : Zaharah Ismail / Foto oleh : Azri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 12 Februari (Malaysiaaktif) – “Saya melihat semangat perpaduan antara komuniti khususnya masyarakat Wilayah Persekutuan  yang dipupuk sejak sekian lama menjadi elemen yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan sosial demi kemajuan minda, bangsa, agama dan juga negara.”

Ujar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menyampaikan ucapan perasmian Kenduri 1Wilayah Peringkat Parlimen Seputeh dan Larian Perpaduan Seputeh 2017 di Teratak Muhibbah 2, Taman Desa, di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017-02-12 at 1.07.13 PM

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan ucapan perasmian sempena Kenduri 1Wilayah Peringkat Parlimen Seputeh dan Larian Perpaduan Seputeh 2017 di Teratak Muhibbah 2, Seputeh

Bagi Muhammad Hanafi Jamalluddin, 37, program ini perlu dilihat sebagai  satu penganjuran yang menyeluruh dalam usaha memperkukuh intergrasi antara kaum yang menjadi tulang belakang pembentukan satu negara bangsa yang maju dan bertamadun.

“Melalui acara larian ini, ia bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum tetapi ia juga dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan peningkatan tahap kecergasan fizikal dengan aktiviti berfaedah.”

WhatsApp Image 2017-02-12 at 1.04.46 PM

Perpaduan kunci kemakmuran negara – Muhammad Hanafi Jamalluddin, 37

Menurut Jenny Chan, 40, perpaduan perlu dilihat merentasi latar belakang semua rakyat di dalam sesebuah negara. Semua rakyat perlu bersatu hati dan ideologi bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara.

“Sukan adalah alat perpaduan kaum tanpa mengira latar belakang agama, keturunan,  kepercayaan dan juga fahaman politik.”

WhatsApp Image 2017-02-12 at 1.05.26 PM

Semua rakyat perlu bersatu hati dan ideologi bagi memastikan kejayaan Malaysia – Jenny Chan, 40

Bagi rakyat India yang kini menetap di Malaysia, Selva Kumar, 42, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sentiasa meraikan kepelbagai rakyatnya.

“Melalui program sebegini saya dapat melihat kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu. Seharusnya rakyat Malaysia berbangga dengan keunikan ini dan perlu dikekalkan demi kesejahteraan Malaysia.”

WhatsApp Image 2017-02-12 at 1.06.08 PM

Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan amalan tolak ansur antara kaum dan harus kekalkanya – Selva Kumar, 42

Larian Perpaduan Seputeh diadakan bersama Kenduri 1Wilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bermula pada jam 6.30 pagi dan melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur,  pelajar sekolah dan masyarakat setempat di sekitar Parlimen Seputeh.

Larian dibahagikan kepada kategori 5 kilometer Lelaki (13 tahun hingga 17 tahun), 5 kilometer Perempuan (13 tahun hingga 17 tahun), 5 kilometer Lelaki (Veteran), 8 kilometer Wanita (Terbuka) dan 8 kilometer lelaki (Terbuka).

Bagi Johan kategori 5 kilomter lelaki (veteran) dan Guru Penolong Kanan SMK Sri Sentosa, Kuala Lumpur, program sebegini perlu melibatkan lebih ramai penyertaan para pelajar kerana mereka adalah aset penting dalam mengekalkan perpaduan negara.

WhatsApp Image 2017-02-12 at 1.08.38 PM

Pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai program melibatkan intergrasi kaum agar ia diamalkan dalam kehidupan harian – Lam Kok Hong

“Selain menghantar pelajar menyertai program pada hari ini, saya sendiri bersemangat untuk menyertai larian ini bagi membuktikan bahawa sukan tidak mengira usia dan kejayaan adalah bagi setiap yang berusaha.”

Program ini telah menarik minat seramai 2,700 penyertaan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

-MSM

 

Tinggalkan komen anda