Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tahun Ayam Api Diharap Bawa Tuah Kepada Ekonomi Negara

By 14 Februari 2017Februari 28th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan : Zuraidah Ahmad / Foto : Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Feb (Malaysiaktif) – Perayaan Chap Go Meh yang membawa maksud iaitu ‘Chap go’ adalah lima belas dan ‘Meh’ bermakna malam disambut sederhana oleh rata-rata kaum Tionghoa di negara ini. Umum mengetahui, ia merupakan hari terakhir daripada rangkaian masa Imlek (Tahun Baharu Cina) yang telah wujud sejak 5,000 tahun dahulu.

Bagi Serina Olivia Chong, 34, yang berasal dari Inanam, sambutan Cap Goh Meh diraikan dengan acara makan bersama seluruh ahli keluarga.

Serina berharap kerajaan mengambil langkah realistik menghadapi kelembapan ekonomi

Serina berharap kerajaan mengambil langkah realistik menghadapi kelembapan ekonomi

Bercerita tentang sambutan tahun baru, Serina berkata kekangan ekonomi menyebabkan masyarakat lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama dalam menyambut perayaan. Di samping ahli keluarga serta sanak saudara, Serina juga meraikan Tahun Baru Cina bersama rakan pejabatnya.

“Tidak dinafikan barang keperluan seperti makanan, sayuran, ayam, daging, minyak masak dan kuih-muih menagalami kenaikan harga. Kerana itu, saya berbelanja secara berhemah dengan membeli sekadar keperluan.

Mengenai harapannya sempena Tahun Ayam Api ini, dia mahu kerajaan lebih realistik dalam menangani keadaan ekonomi negara dan perlu bijak mengimbangi fokus membasmi kemiskinanan bukan sahaja di luar bandar, tetapi juga di dalam bandar.

“Kawasan pedalaman layak diberi perhatian, tapi di kawasan bandar juga sebenarnya wujud golongan miskin bandar yg mana jika tidak diberi perhatian,mungkin akan dijadikan isu pada masa hadapan.

“Kerajaan juga haruslah realistik untuk menangani keadaan ekonomi semasa dan aplikasikan keadah realistik, seimbangkan fokus antara pedalaman dan golongan miskin bandar terutama golongan belia yang berusia antara 25 hingga 39 tahun.

“Mereka seharunya menjadi sasaran kerajaan dalam memperkukuhkan tahap ekonomi mereka sama ada dengan memberi pembiayaan pinjaman perusahaan ataupun menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang kemahiran yang akan dapat menjadi asas mereka memulakan perusahaan sendiri,” cadang Serina.

Berbeza dengan Ketua Masyarakat Cina Taman Sibuga, Lau Chi Keong @ Thomas Lau, 68, yang juga seorang usahawan restoran makanan Jepun di Sandakan dilihat yakin dan percaya kerajaan mampu mengatasi kemelesetan ekonomi dunia.

“Mengikut ‘feng shui’, tahun ayam ini memang hebat dan membawa banyak peluang ekonomi untuk rakyat. Jadi, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Thomas yakin dengan kepimpinan perdana menteri menangani krisis ekonomi

Thomas yakin dengan kepimpinan perdana menteri menangani krisis ekonomi

“Begitu juga dengan ekonomi dunia, saya yakin akan bertambah baik pada tahun ini. Apa yang penting adalah perancangan kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak dunia.

“Paling ketara ketika ini adalah negara China yang banyak melabur di sini. Ia adalah petanda baik yang akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita khususnya di Sabah,” ujarnya.

Selain menggesa rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri demi mencapai kejayaan yang lebih baik, Thomas turut mencadangkan agar industri pelancongan Sandakan dimajukan.

“Kita harap industri pelancongan di sini dipergiat dari segi keindahan alam semulajadi untuk menarik minat lebih ramai pelancong China. Apabila industri ini maju, ia turut memberi kesan positif  kepada sektor pengangkutan, pengusaha makanan, restoran-restoran, tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi.

“Saya dan seluruh masyarakat di sini menerima baik usaha kerajaan menerusi program transformasinya, khususnya penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Ia sangat baik untuk rakyat,” jelasnya lagi.

Turut berharap ekonomi akan pulih adalah Timbalan Pengurus Besar Kumpulan PBJ, Lau Joo Khan, 41, berasal dari Sandakan yang merayakan Tahun Baru Cina dengan sambutan yang serba sederhana.

“Saya berharap tahun ayam api ini akan memberi lebih banyak tuah khususnya kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Ironinya, walau di manapun tahap ekonomi, perayaan tetap diraikan kerana apa yang penting adalah suasana meriah yang turut dikongsi dengan kaum-kaum lain dan bersatu dalam kepelbagaian.

 

 -SH

Tinggalkan komen anda