Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Masyarakat Langkawi Perlu Ubah Sikap Menjelang LIMA 2017

By 14 Februari 2017Februari 17th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh : Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

Langkawi, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Sikap masyarakat yang gemar membuang sampah merata-rata perlu diubah melalui pendidikan berterusan. Penguatkuasaan dan tindakan saman perlu dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) agar memberi pengajaran kepada pelaku tersebut, pengusaha kereta sewa di Kompleks Jetty Point Langkawi, Azhar Long 52, berkata demikian semasa aktiviti gotong-royong dikompleks tersebut pagi ini.

Dia antara 100 orang yang terdiri dari kakitangan MBLBP, jabatan kerajaan, agensi beserta sukarelawan dari beberapa NGO dan hotel di pulau ini yang terlibat dalam siri gotong-royong sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang bakal berlangsung dari 21 hingga 25 Mac 2017 . Pihak MPLBP mengambil inisiatif melakukan siri pertama aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar Kompleks Jetty Point Langkawi hari ini.

Menurut Yang di Pertua MPLBP, Abdul Bari Abdullah, usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan MPLBP juga akan meneruskan usaha dalam menyemai dan mendidik masyarakat di pulau ini agar cintakan kebersihan. Tambah beliau lagi siri gotong-royong ini akan diteruskan di beberapa lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

WhatsApp Image 2017-02-14 at 15.56.40

Beliau yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan dan Pengindahan LIMA 2017, turut mengajak penduduk pulau ini untuk bersama-sama MPLBP dalam usaha murni menjaga kebersihan Langkawi kerana tanpa sokongan penduduk dan semangat cintakan kebersihan usaha ini akan menjadi sia-sia.

Seorang pelancong yang ditemui, Izzudin Shah bin Shaharudin, 21, memuji usaha pihak MBLBP dalam menggerakkan siri gotong-royong ini dan turut mengakui bahawa usaha ini perlukan penglibatan menyeluruh dari semua pihak dalam memastikan keindahan dan kebersihan pulau ini terus terpelihara.

Tinggalkan komen anda