Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Sambutan Perayaan Erat Perpaduan Kaum

By 15 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)

BAHAU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Kewujudan Komuniti 1 Malaysia (K1M) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menganjurkan pelbagai aktiviti melalui perancangan bersama telah membawa kepada titik pertemuan bagi perpaduan kaum.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Md Zain Ibrahim memberitahu dia sentiasa turut serta dalam apa sahaja majlis yang dianjurkan oleh K1M dan KRT kerana merupakan salah satu peluang untuk beramah mesra bersama semua tetangga yang kebiasaannya sibuk dengan urusan masing-masing.

Menurut Pengerusi K1M Penarikan Jambu Lapan, S.Jaganathan, setiap tahun pihaknya meraikan semua perayaan yang dirayakan komuniti di situ sebagai tanda perpaduan selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

” Tiada yang tertinggal, semua perayaan kita hormati dan terbuka mengadakan rumah terbuka, penyerahan angpau, dan lain- lain. Tambahan pula kepimpinan yang ada turut turun padang agar tiada jurang komunikasi.

” Jika ada perkara yang berbangkit, mohon maklum dan kita berharap komuniti disini sentiasa menyertai program anjuran kita selain dapat mengetahui permasalahan mereka,” katanya setelah menghadiri Ramah Mesra Gong Xi Fa Cai K1M Penarikan Jambu Lapan, di sini semalam.

IMG-20170213-WA0012

Dalam pada itu, Jaganthan memberitahu pihaknya berbesar hati dengan apabila dewan dewan terbuka di situ siap dibina dengan peruntukan daripada Parlimen Jempol.

“Kini kita lebih mudah untuk mengadakan program dengan kemudahan yang ada. Walaubagaimanapun, kita berharap penduduk turut serta menjaga kemudahan yang ada ini.

“Untuk mendapatkannya bukan mudah kerana membabitkan kos yang banyak, jadi jangan disia-sia kan kemudahan ini susulan ianya dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti,” jelas Jaganthan yang juga merupakan Pengerusi KRT Jambu Lapan.

IMG-20170213-WA0010

Program yang diadakan khusus buat masyarakat Cina komuniti Jambu Lapan ini, dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada majlis yang sama, seramai 150 individu dan 100 kanak-kanak menerima sumbangan duit raya.

Turut hadir, Naib Pengerusi MCA Bahagian Jempol, Stephen Chong Wan Yu.

– AH

Tinggalkan komen anda