Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peruntukan Naik Taraf Infrastruktur Kampung Disambut Baik

By 15 Februari 2017Februari 28th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Abdul Aziz Ghani (Kunak)

KUNAK, SABAH, 14 Feb (Malaysiaktif) – “Terima kasih pemberian peruntukan yang besar kepada pembangunan infrastruktur di kampung ini,” ujar Ketua Kampung Hampilan, Lim Mat Lam, ketika menerima peruntukan khas berjumlah RM300,000 bagi menaik taraf beberapa kemudahan di kampung berkenaan.

Katanya, Pemberian peruntukan ini merupakan peruntukan paling besar yang pernah diperolehi bagi pembangunan kemudahan awam di kampung ini.

Nasrun (kanan sekali) turut meninjau dan melihat sendiri kerosakan yang berlaku di Masjid berkenaan

Nasrun (kanan sekali) turut meninjau dan melihat sendiri kerosakan yang berlaku di Masjid berkenaan

“Pengumuman ini memberi impak positif kepada sosio ekonomi penduduk di kawasan ini terutama pembangunan balai raya yang rosak lebih 40 tahun lamanya,” katanya.

Tambahnya lagi, ketiadaan prasarana seperti balai raya ini menyebabkan penduduk tiada tempat untuk mengadakan sebarang perjumpaan untuk tujuan perbincangan.

“Oleh itu dengan adanya kemudahan ini kami penduduk di kampung ini merasa seronok dan kembali ceria apabila balai raya ini kembali di baik pulih.

“Begitu juga dengan peruntukan menaik taraf masjid kampung ini, pastinya banyak memberi keselesaan kepada masyarakat menunaikan ibadat selain memberi semangat kepada jawatankuasa masjid mengatur pelbagai acara keagamaan selepas ini.

Lim berkata demikian ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuditi Sabah merangkap Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur ke kampung berkenaan.

Dalam program tersebut, Datu Nasrun mengumumkan peruntukan sejumlah RM 100,000 bagi menaiktaraf masjid kampung tersebut yang akan meliputi kerja-kerja baik pulih dan membesarkan ruang ibadat.

Sejumlah RM 200,000 lagi adalah bagi membina semula dewan di kampung berkenaan.

“Saya berharap dengan peruntukan ini penduduk kampung turut dapat menikmati limpahan pembangunan luar bandar.

“Dengan adanya kemudahan sebegini diharap penduduk kampung dapat menggunakannya dengan baik dan perlu dijaga agar kemudahan ini dapat mengoptimumkan ekonomi penduduk kampung,” jelasnya.

 

-SH

Tinggalkan komen anda