Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Belia Digesa Fahami Kepentingan Pilihan Raya

By 18 Februari 2017Februari 28th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Chong Jakol@ John (Inanam)

INANAM, 18 Feb (Malaysiaktif) – Tahun 2017, dikatakan tahun penuh cabaran bukan sahaja dalam kalangan ahli politik sebenar malah ianya turut dirasai oleh para pelajar Kelab 1Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, di sini.

Pelaksanaan simulasi ala Pilihan Raya bagi menentukan calon yang bakal memegang tampuk kepimpinan kelab tersebut dikatakan suatu yang berharga kerana dapat memahami erti sebenar kepentingan sesuatu pilihan raya dilaksanakan.

Pelajar diberikan pendedahan awal berkaitan proses pilihanraya

Pelajar diberikan pendedahan awal berkaitan proses pilihanraya

Pelajar Tingkatan Lima Efektif sekolah berkenaan, Akif Afiq Abidin, merungkap perasaannya menjadi calon bertanding.

“Rasa gemuruh, takut dan gementar sentiasa menyelubungi diri hingga menyebabkan tidur malam pun rasa tidak selesa.

“Apabila sahaja diumumkan keputusan pilihan raya tersebut, perasaan gementar kembali hilang dan kembali sedar akan tanggungjawab selepas bergelar Pengerusi Kelab 1Malaysia di sekolah terbabit,” jelasnya.

Menurut Akif, sepanjang tempoh berkempen selama hampir dua minggu perasaan gemuruh sentiasa memberi tekanan kerana kurang pendedahan cara dan teknik berkempen sebenar apabila dimaklumkan sebagai calon.

“Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi diri saya dalam mengalami sendiri proses pilihan raya sebenar yang dijalankan secara demokrasi dan telus”.

Jelasnya lagi, aktiviti Amalan Demokrasi Berparlimen Kelab 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan (Japen) ini sangat berguna kepada ahli kelab dalam mengenali dan merasai sendiri suasana dan proses pengundian sebenar.

“Melalui proses pendedahan ini saya sedar pentingnya berdaftar sebagai seorang pemilih dan saya akan pastikan diri ini akan berdaftar sebagai pemilih suatu hari nanti bagi memilih calon pemimpin negara akan datang.

“Saya turut mengesa kepada belia seusia saya agar jadilah seorang pemilih dimasa akan datang kerana kepimpinan masa hadapan dan kemajuan, kecemerlangan dan kejayaan negara masa hadapan kitalah yang bakal mencoraknya,” ujarnya lagi.

Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia Cikgu Haznanie Hatimin berkata, program ini dapat memberi gambaran yang jelas terhadap sistem dan amalan demokrasi yang telus diamalkan di negara ini.

“Pendedahan seperti ini dapat memberikan kesedaran serta pemahaman kepada ahli khususnya pelajar tingkatan lima yang dalam tempoh empat tahun lagi akan mencapai umur 21 tahun dan layak mendaftar sebagai pengundi yang berdaftar”, jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda