Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Peraih Undi Anggap Tugas Umpama Khidmat Masyarakat

By 18 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SEMATAN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Setiap kali tiba hari mengundi, bukan sahaja pengundi yang sibuk keluar mengundi bahkan peraih undi akan turut sama bertugas bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar.

Sebagai contoh, suasana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu di sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sematan dipenuhi dengan peraih undi yang memegang payung masing-masing bagi membantu pengundi undi pagi tadi.

beab79c7-b734-45cf-b1b6-c69a84e9d1d3

Peraih undi, Isfaromaly Ismail.

Bagi peraih undi, Isfaromaly Ismail, 31, Kampung Tanah Hitam yang kali kedua bertugas merasakan tugasnya ibarat amal jariah bagi membantu pengundi yang memerlukan pertolongan.

“Dengan keadaan hujan sejak pagi, kami di sini beramai-ramai memegang payung untuk membawa masuk pengundi yang datang.

“Tugas ini ibarat amal jariah apabila kami dapat membantu mak cik dan pak cik yang uzur. Lagi-lagi bagi mereka yang memakai tongkat atau kerusi roda. Lagipun mereka ini ada juga jiran-jiran yang saya dah kenal sejak kecil,” katanya yang kagum dengan semangat mereka untuk mengundi.

Isfa yang tidak menafikan kepentingan keluar mengundi turut berpendapat kepuasan timbul apabila parti yang disokong menang dalam pilihan raya.

“Penting mengundi ini untuk memilih pemegang tempat kita. Dalam sehari tak terkira sebab kami pun beramai-ramai buat.

“Apabila parti kami berjaya menang dalam sesuatu pilihan raya membuatkan kami peraih undi berasa puas. Sebab tugas saya dari pagi hingga petang. Kalau dahulu terpaksa berpanas kini musim hujan pula,” jelasnya lagi.

6cfafcfd-04b4-4bc4-82cc-6b2479f9b980

Hasiah Husaini teruja apabila kali pertama bertugas sebagai peraih undi.

Bagi peraih undi kali pertama, Hasiah Husaini, 44, dia berasa teruja kerana bertugas kali pertama untuk PRK ini.

“Ini pengalaman pertama saya. Saya berasa sangat teruja kerana dapat mengajak orang tempatan untuk mengundi.

“Dua jam ini ramai juga yang datang, terutamanya warga emas. Keadaan hujan ini membuatkan sedikit kelam-kabut tetapi kami cuba sedaya mungkin untuk memberikan keselesaan kepada pembuang undi,” ujarnya lagi.

PRK Tanjong Datu menyaksikan saingan tiga penjuru iaitu Parti Barisan Nasional, Jamilah Anu, Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Aput dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Raelson Richard Hamid.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda