Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Pengundi PRK Tg Datu Harap Lundu Semaju Kuching

By 18 Februari 2017Februari 19th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
 Keadaan Pusat Mengundi di SJK Chung Hwa Sematan.

 

Laporan oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Zarel Azreqh Zainal Aznam

LUNDU, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Jari yang dicelup dengan dakwat hitam yang kelihatan pada pengunjung dan peniaga di Pasar Lundu pagi tadi menunjukkan rata-rata penduduk di sini telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu.

7b623594-121b-481b-bfc1-18734acaccd9

Dua beradik iban, Subi Robert, 54, dan Jami Robert yang mengharapkan Lundu akan semaju Kuching.

Bagi dua beradik Kaum Iban dari Kampung Sungai Lundu, Subi Robert, 54, dan Jami Robert, 51 hasil undian diharap berpihak kepada wakil rakyat yang dapat memajukan Lundu seperti ibu negeri Sarawak, Kuching.

“Kami mengundi untuk tolong rakyat, untuk memilih wakil rakyat yang betul bagi memimpin Lundu. Kami mengharapkan Lundu selepas ini semakin maju seperti Kuching.

“Walaupun hujan pagi ini, namun suasana mengundi di SJK Chung Hua Lundu masih tenang. Dalam masa lima minit sahaja semuanya selesai.

“Memang kebiasaannya kami memilih untuk membuang undi pada pagi hari supaya mudah nak uruskan hal rumah selepas ini,” ujar mereka lagi.

02bf1d75-c146-41ed-ba21-047af3f62f98

Mos Tajil sekeluarga yang ditemui Malaysiaaktif di Pasar Tamu Lundu.

Bagi pengundi di SK Bumiputera, Mos Tajil, 68, dari Kampung Sileng Melayu yang datang bersama isteri, Dayang Hairi Abang Ibrahim, 61, dan anaknya Halifah Mos, 35, turut mengharapkan lebih banyak bantuan diterima oleh penduduk daripada wakil rakyat yang menang.

“Saya sedar yang kami perlu membuang undi untuk kesenangan rakyat di sini.

“Saya puas hati dengan calon yang ada lebih-lebih lagi banyak kemajuan yang ada seperti Waterfront Lundu, sekarang ada juga ada pasar malam yang lebih baik dan Medan Selera Lundu.

8908ac04-b01c-4082-80d1-6d6ccf10a709

Keadaan Pusat Mengundi di SJK Chung Hwa Sematan.

“Harapan saya agar wakil rakyat yang  menang dapat terus memajukan pembangunan di sini. Bantuan tambahan juga diperlukan oleh masyarakat tempatan,” ujar nelayan itu yang telah selesai mengundi pada 10.00 pagi tadi.

Sementara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 47 peratus daripada 9771 pengundi berdaftar bagi N3 Tanjong Datu telah keluar mengundi sehingga 11.00 pagi tadi.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda