Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

MTBE : Tambah Baik Perkhidmatan Bas Ekspres

By 20 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

Laporan oleh: Rajeswari Nagamuthu / Foto oleh : Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2017 (Malaysiaaktif) – Kerajaan memandang serius peningkatan jumlah kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres yang berpunca daripada faktor kesilapan manusia khususnya pemandu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini melancarkan Program Makmal Transformasi Bas Ekspres (MTBE) bagi mengenal pasti masalah dan penyelesaian kemalangan bas ekpres khususnya menjelang musim perayaan.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, MTBE berpaksikan impak membentuk ruang kerja yang lebih selamat, kumpulan kerja seharian, membina pasukan yang memberi hasil kerja dan mencapai sasaran dengan cepat serta meningkatkan tahap kualiti pengangkutan awam.

“Jangka masa yang dirancang untuk makmal ini adalah dari 4 Januari hingga 14 April 2017 (8 minggu) melibatkan enam peringkat aktiviti. Makmal ini juga dapat membimbing pekerja dan mengeksploitasi bakat yang terpendam dalam diri mereka,” katanya semasa pelancaran MTBE di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.

Pada tahun 2015, mengikut laporan Jabatan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 39 peratus daripada jumlah kemalangan jalan raya adalah melibatkan bas ekspres. Daripada peratusan itu, 66 peratus disebabkan faktor manusia dan selebihnya faktor kenderaan.

Turut hadir ketika pelancaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

-MSM

Tinggalkan komen anda