Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Angin Timur Perlis 2017 Sasar 100,000 Pengunjung

By 23 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

ARAU, 23 Feb (Malaysiaaktif) ā€“ Orang ramai akan berpeluang menikmati barisan makanan tradisi dan menghayati keseronokan pesta menuai yang berlangsung di sini tidak lama lagi.

Usaha memperagakan warisan budaya rakyat ini direalisasikan melalui Pesta Angin Timur Perlis 2017 yang sebahagian besarnya akan diusahakan oleh masyarakat kampong dari 3 hingga 5 Mac di Kampung Telela, Pauh Arau.

Pesta Angin Timur mengambil nama sempena peredaran musim sejuk kepada musim panas ekoran tiupan angin timur ke negeri Perlis yang juga menandakan masa peralihan di mana padi selesai dituai dan petak bendang disalirkan air untuk tanaman padi musim seterusnya.

Berlatarbelakangkan suasana kampung, pesta ini turut memaparkan pelabagai warna serta keindahan nostalgik budaya yang berhubung kait dengan cara kehidupan masyarakat di negeri Perlis.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Rahmat bin Mat Noh berharap agar penganjuran Pesta Angin Timur 2017 ini dapat mencapai matlamat bagi mengangkat kesenian rakyat negeri ini, selain membantu memastikan seni budaya bangsa dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Antara aktiviti yang akan memeriahkan pesta ini termasuk sukan rakyat, pameran, gerai jualan, persembahan kebudayaan, ā€œfun fairā€ Ā dan persembahan oleh artis-artis tempatan.

Pesta Angin Timur Perlis 2017 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Pihak penganjur menyasarkan lebih 100,000 orang akan mengunjngi pesta tersebut yang akan diasmikan oleh Menteri Besar Perlis,Ā Datuk Seri Azlan Man, pada pukul 5.00 petang 4 Mac depan.

Butiran lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook JKKN Perlis.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda