Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Yang di-Pertuan Agong Rasmi SRA JAIM Tanjung Minyak 2

By 3 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan /  foto oleh: M Zakry Chan

MELAKA, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Sejarah terukir buat rakyat Negeri Melaka apabila Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat sempena Lawatan Tugas Khas ke Negeri Melaka dari 3 hingga 4 Mac ini.

Semalam baginda berkenan merasmikan Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM) Tanjung Minyak 2.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 4.15 petang itu turut diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Selepas menyempurnakan titah perasmian dan menandatangani plak perasmian, Seri Paduka dibawa melawat prasarana sekolah dan bermesra bersama murid-murid SRA JAIM Tanjung Minyak 2.

Mohd Hafiz Abu Hassan

Mohd Hafiz Abu Hassan bangga dapat melihat sendiri YDPA Sultan Muhammad V.

Seorang penduduk, Hafiz Abu Hassan, 33, berkata, “hari ini saya amat berbangga melihat sendiri YDPA Sultan Muhammad V yang selama ini saya hanya melihat di kaca televisyen.”

Manakala, seorang lagi penduduk setempat, Husain Miarah, 58, melahirkan rasa gembira kerana Negeri Melaka menjadi destinasi pertama lawatan kerja baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Husain Miarah

Husain Miarah, 58, gembira Negeri Melaka menjadi destinasi pertama lawatan kerja Sultan Muhammad V.

“Ini merupakan satu pengiktirafan yang besar dan saya sebagai rakyat jelata amat berbesar hati bersama meraikan keberangkatan Tuanku,” katanya.

Bangunan SRA JAIM Tanjung Minyak 2 yang mula dibina pada Disember 2014 dan siap pada 12 Oktober 2015 beroperasi pada pada 1 Januari 2016.

Sehingga awal tahun ini, SRA JAIM Tanjung Minyak 2 ini menempatkan seramai 802 orang, terdiri daripada 381 orang murid lelaki dan 421 orang murid perempuan. Manakala tenaga pengajar di sekolah ini seramai 19 orang.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda