Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

114 Orang di Sibu Terima BR1M

By 6 Mac 2017Mac 8th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Rosman Zaini

SIBU, 6 Mac (Malaysiaaktif) –”BR1M merupakan bantuan kerajaan yang bersasar untuk rakyat. Bagi sebuah negara bermasyarakat majmuk, kerajaan tidak melihat aspek politik dijadikan kayu pengukur pemberian.

Demikian kata, Penghulu, Hussain Rasit yang ditemui ketika Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Peringkat Daerah Sibu di Dewan Kelab Melayu Kampung Naybor (MUC), Sibu petang tadi.

Penghulu Hussain Rasit

Penghulu Hussain Rasit

Tambahnya, menerusi kepimpinan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, beliau telah menterjemahkan pemberian subsidi dalam bentuk BR1M yang dapat dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum.

“Golongan berpendapatan rendah amat perlu akan bantuan sebegini yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee berharap agar penerima BR1M akan menggunakan wang tersebut sebaik mungkin terutama dalam membiayai persekolahan harian anak-anak.

Dr Annuar Rapa’ee menyampaikan ucapan perasmian

Dr Annuar Rapa’ee menyampaikan ucapan perasmian

“Bagi golongan yang mempertikaikan BR1M, mereka boleh berkata demikian kerana mereka sudah kaya dan mempunyai banyak wang. Namun, bagi masyarakat yang berpendapatan rendah, jumlah yang diberikan oleh kerajaan amat besar maknanya.

Dr. Annuar turut menggesa masyarakat Sibu agar jangan mudah terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan hasutan pihak tertentu agar membenci kerajaan. Golongan seperti ini sebenarnya cemburu dengan pelbagai pembangunan yang disusun oleh kerajaan kepada rakyat.

“Usaha kerajaan untuk membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan tidak sepatutnya dipertikaikan. Rakyat perlu menghargai segala bantuan untuk rakyat. Corak kehidupan dan perbelanjaan rakyat pula dari dahulu dan sekarang jauh berbeza. Seyogia, kerajaan mempunyai kaedah tertentu untuk membantu rakyat.

Adeni Maharop

Adeni Maharop

“Amat malang, golongan berkepentingan ini sanggup menghasut rakyat agar menafikan pelbagai pembangunan yang telah dan sedang diberikan untuk rakyat,” katanya semasa merasmikan majlis.

Pada majlis tersebut seramai 114 orang penerima daridaerah Sibu telah hadir dan menerima baucar bayaran tunai BR1M daripada DrAnnuar .

Sebagai jawatan kuasa pengelola Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pejabat Daerah Sibu telah dibantu oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Sibu yang turut membuka kaunter bayaran bagi memudahkan para penerima menunaikan baucar masing-masing.

Dalam pada itu, penerima BR1M,
Adeni Maharop, 69, yang berasal dari Kampung Betanak, Pulau Bruit, Daerah Daro yang kini menetap di Kampung Bahagia Jaya, Sibu amat teruja dengan bantuan kewangan oleh kerajaan.

“Ini merupakan bantuan yang pertama kepada saya kerana sebelum ini saya tidak memohon kerana kurang yakin dengan bantuan sebegini. Namun, setelah melihat kerajaan begitu bersungguh-sungguh membantu rakyat, maka pada 2016 saya mencuba mengisi borong permohonan dan akhirnya berjaya,” ceritanya dengan nada bangga.

Peter Wong Jing Ren

Peter Wong Jing Ren

Manakala bagi Peter Wong Jing Ren, 27, dari Lalan Chong Jin Bock dalam Pelawan, Sibu, pula menzahirkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan sebegini yang membuktikan bahawa kerajaan Malaysia bukan sebuah kerajaan yang bankrap seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan tular di media sosial.

Penerima termuda pada majlis tersebut, Mohd Amirul Nazrin, 21, dari kampung Bahagia Jaya Selatan pula hadir di dewan tersebut dengan ditemani oleh ibunya seawal 1.00 tengah hari.

“Saya tidak menyangka tersenarai sebagai penerima dalam kategori bujang dan menerima bantuan sebanyak RM 450. Saya akan menggunakan wang tersebut untuk membantu ayah dan ibu. Walaupun sedikit namun pemberian ini amat bermakna bagi diri saya,” katanya.

SF

Tinggalkan komen anda