Skip to main content
Berita TempatanSabah

‘Mobile CTC’ Permudah Urusan Orang Luar Bandar

By 6 Mac 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh: Muhammad Abdul Rahman/ Foto: Tuanku Mamai & Perbendaharaan Malaysia Sabah

PAPAR, 6 Mac (Malaysiaktif) – Jika masyarakat bandar ketika ini mudah menyelesaikan pelbagai masalah dengan hanya mengunjungi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) tetapi bagi masyarakat luar bandar Mobile CTC ialah tempatnya.

Menurut Rimna Sallim, 35, dari Kampung Kawang, dengan adanya Pusat Transformasi Komuniti Bergerak, Kementerian Kewangan (Mobile CTC) ini kami tidak perlu lagi bersusah payah datang ke bandar untuk berurusan menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Orang ramai mendapatkan pemeriksaan kesihatan sempena Mobile CTC

Orang ramai mendapatkan pemeriksaan kesihatan sempena Mobile CTC

“Melalui khidmat ini, segalanya lebih mudah apabila perkhidmatan bergerak agensi kerajaan berkunjung ke daerah ini khususnya ke kawasan kami ini.

“Diharap kerajaan meneruskan program seperti ini kerana terdapat penduduk kampung tidak berpeluang untuk melakukan urusan rasmi ke bandar atas faktor pengangkutan dan urusan kerja harian.

“Terima kasih juga kepada Datuk Rahim atas pemberian baucar BR1M ini, sesungguhnya saya tidak mengetahui bahawa saya adalah antara penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) kerana saya hadir ke program ini untuk mendapatkan rawatan gigi tetapi tidak menyangka saya turut menerima BR1M.

Rahim (tiga dari kanan) menyampaikan baucar BR1M kepada Rimna.

Rahim (tiga dari kanan) menyampaikan baucar BR1M kepada Rimna.

Rimna berkata demikian apabila ditemui Malaysia Aktif pada pelaksanan program tersebut di Dewan Serbaguna pada Sabtu.

Rimna merupakan salah seorang daripada 10 individu yang terpilih menerima Baucar BR1M sempena majlis penyerahannya bersempena program terbabit.

Sebanyak 49 agensi kerajaan terlibat pada pelaksanaan program Mobile CTC tersebut bermula pada Jumaat hingga Sabtu dengan lebih 10 kenderaan khas daripada agensi terpilih turut menawarkan perkhidmatan bergerak seperti Mahkamah, Jabatan Pendaftaran Negara dan Tabung Haji.

Pegawai perubatan gigi sedang merawat pesakit dalam Bas Kesihatan Bergerak.

Pegawai perubatan gigi sedang merawat pesakit dalam Bas Kesihatan Bergerak.

Pelbagai perkhidmatan turut ditawarkan daripada bayaran bil utiliti hinggalah pemeriksaan kesihatan semua ditawarkan secara percuma.

Dalam pada itu, pengunjung, Aizat Jainal, 35, dari kampung Kuala turut meluahkan rasa terharu apabila anaknya Mohammad Azirul, 7, turut terpilih sebagai menerima tabung SSPN-I tajaan Datuk Rahim.

“Mohammad Azirul sekarang belajar di Sekolah Kebangsaan Pantai Manis dan sebelum ini memang kami ada bercadang untuk membuka akaun untuk anak saya tetapi tidak menyangka hasrat dan impian tersebut tercapai dalam program ini.
“Saya akan pastikan tabungan ini akan digunakan sebaiknya untuk persekolahan dan masa depan anak saya,” katanya selepas dimaklumkan bahawa anaknya terpilih menerima sumbangan tabung tersebut.

Sepanjang kunjungan Mobile CTC ke daerah tersebut pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sesi temu duga terbuka oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah, JobsMalaysia dengan melibatkan empat buah syarikat majikan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail mengucapkan terima kasih kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah kerana telah memilih daerah Papar sebagai lokasi pertama tahun ini bagi menyampaikan khidmat bergerak agensi kerajaan kepada penduduk di daerah ini.

Rahim (tiga dari kiri belakang) menyampaikan cek RM 12,000 sebagai simbolik sumbangan kepada pelajar tahun satu SK Pantai Manis menerima Tabung SSPN-I

Rahim menyampaikan cek RM 12,000 sebagai simbolik sumbangan kepada pelajar tahun satu SK Pantai Manis menerima Tabung SSPN-I

“Saya berasa cukup berpuas hati dengan khidmat yang disediakan oleh pihak penganjur, diharap program ini akan dapat dilaksanakan ke kampung lain di daerah ini.

Ujarnya lagi, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 2017 merupakan tahun penyampaian oleh penjawat awam.

“Maka selari dengan itu, program NBOS ini ialah salah satu kaedah menzahirkannya untuk kepentingan rakyat setempat dan orang ramai yang berkunjung ke program tersebut,” katanya.

Sempena program tersebut, Rahim turut menyumbang RM12,000 modal pembukaan akaun Tabung Skim Simpanan Pelajaran SSPN-I, PTPTN kepada 600 pelajar murid tahun satu sesi 2017 bagi DUN Pantai Manis.

SF

Tinggalkan komen anda